Penghasilan Hibridoma yang Merembeskan Antibodi Monoklon Terhadap Hormon Tiroksin (T4)

Pengimunan hormon T4 yang dikonjugatkan dengan molekul albumin serum manusia(ASM) telah dilakukan dengan menyuntik 100 pg/ml hormon tersebut ke atas mencit balb/c. Didapati selepas cabaran kelima, mencit tersebut telah menghasilkan antibodi terhadap hormon T4 dengan titer sebanyak 640. Sel limpa y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahya, Siti Romlah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1994
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8362/1/FSMB_1994_3_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8362/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Pengimunan hormon T4 yang dikonjugatkan dengan molekul albumin serum manusia(ASM) telah dilakukan dengan menyuntik 100 pg/ml hormon tersebut ke atas mencit balb/c. Didapati selepas cabaran kelima, mencit tersebut telah menghasilkan antibodi terhadap hormon T4 dengan titer sebanyak 640. Sel limpa yang telah diimunkan dilakurkan dengan sel miloma NS-l. Untuk mendapat parameter kecekapan perlakuran yang optimum, maka beberapa kajian telah dilakukan. Kajian tersebut meliputi kesan jenama dan berat molekul Polietilina glikol (PEG), suhu semasa perlakuran dan kepekatan PEG telah dilakukan. Hasil yang diperolehi didapati parameter optima bagi proses perlakuran adalah menggunakan PEG jenama Merck yang mempunyai berat molekul 1000(0) dalton yang berkepekatan 50% dan suhu semasa perlakuran adalah 37°C. Oengan menggunakan ketiga-tiga parameter tersebut, sebanyak lima kali perlakuran dilakukan dan didapati koloni hibridoma yang terhasil mencapai sehingga 95%. Oleh yang demikian, parameter yang optima ini digunakan untuk melakurkan sel miloma NS-1 dan limfosit B mencit yang telah diimunkan dengan T4-ASM . Didapati pada kepekatan 2.7 x 106 sel per telaga, hibridoma positif yang terhasil adalah, sebanyak 2.5%, 5.4% dan 1.03% untuk setiap kali perlakuran. Sementara pad a kepekatan sel 8.25 x 105, 5.5 x 105 dan 1.38 x 105 per telaga hibridoma yang terhasil tidak menghasilkan antibodi terhadap hormon T4.