Terjemahan kata kerja berkolokasi dengan partikel Jar dalam Juzuk 1 Kitab Baḥr Al-Mādhi

Kajian ini mengemukakan sebuah analisis makna konteks kolokasi kata kerja dan partikel jar dalam Juzuk 1 kitab Baḥr Al-Mādhi Syarḥ Mukhtaṣar Ṣaḥiḥ Al- Tirmidhī. Kolokasi kata kerja dan partikel jar yang dikaji adalah berdasarkan kerangka kajian yang telah dilaksanakan oleh Hassan Gha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Norhafizah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84691/1/FBMK%202019%2041%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84691/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini mengemukakan sebuah analisis makna konteks kolokasi kata kerja dan partikel jar dalam Juzuk 1 kitab Baḥr Al-Mādhi Syarḥ Mukhtaṣar Ṣaḥiḥ Al- Tirmidhī. Kolokasi kata kerja dan partikel jar yang dikaji adalah berdasarkan kerangka kajian yang telah dilaksanakan oleh Hassan Ghazala dalam Maqālaṯ fi al-Tarjamaṯ wa al-Uslubiyyaṯ. Analisis telah dijalankan terhadap 129 teks hadis yang membicarakan permasalahan dalam ṭahāraṯ. Dalam mendapatkan padanan makna yang tepat, beberapa pakar bahasa menganggap kolokasi menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Hal ini adalah disebabkan setiap bahasa yang berbeza mengkategorikan kolokasi secara berbeza. Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata kerja yang berkolokasi dengan partikel jar, mengklasifikasi kolokasi kata kerja yang berpadanan dengan partikel jar, dan seterusnya menjelaskan keadaan terjemahan makna kolokasi kata kerja yang berpadanan dengan partikel jar berdasarkan teori konteks yang dipelopori oleh ahli antropologi Inggeris, Bronislaw Malinowski. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis dokumen iaitu menganalisis kandungan teks hadis dari sudut kolokasinya. Analisis data telah dilaksanakan dengan menerapkan kaedah kesahan dan kebolehpercayaan pakar terhadap data yang dianalisis. Dapatan kajian membuktikan bahawa penerapan teori konteks dapat memberi makna kepada kolokasi kata kerja dan partikel jar. Setiap konteks memainkan peranan penting untuk menentukan dan menjelaskan makna dan maksud kolokasi kata kerja dan partikel jar. Kajian ini diharapkan akan mencetuskan minat dan fokus yang mendalam terhadap pentingnya makna konteks dalam memahami kolokasi Arab.