Pendekatan Komputer Peribadi Terhadap Pengiraan Jumlah Tenaga Keadaan Dasar Bagi Atom dan Molekul Ringkas
Pengiraan tenaga bagi atom dan molekul merupakan salah satu bidang utama dalam kuantum kimia. Pelbagai teknik penghampiran digunakan dalam projek ini iaitu penghampiran Hartree-Fock, penghampiran Hartree-Fock-Roothaan, penghampiran Thomas-Fermi, dan penghampiran Xa. Tujuan utama pelbagai penghamp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8654/1/FSAS_1999_6_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8654/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Pengiraan tenaga bagi atom dan molekul merupakan salah satu bidang utama dalam
kuantum kimia. Pelbagai teknik penghampiran digunakan dalam projek ini iaitu
penghampiran Hartree-Fock, penghampiran Hartree-Fock-Roothaan, penghampiran
Thomas-Fermi, dan penghampiran Xa. Tujuan utama pelbagai penghampiran dikaji
adalah untuk mencari kaedah atau teknik yang paling hampir dengan nilai ujikaji
serta mengambil masa yang tersingkat dalam pengaturcaraan program. Bahasa
pengaturcaraan C dan c++ telah digunakan.
Keputusan yang didapati telah dibandingkan dengan keputusan penyelidik terdahulu.
Kajian ini menunjukkan bagi penghampiran Hartree-Fock, didapati bahawa semakin
besar atom, keputusan yang didapati menghampiri dengan nilai teori berbanding nilai
dari keputusan dengan penghampiran lain. Manakala bagi penghampiran Hartree-
Fock-Roothaan, keputusan yang didapati konsisten apa yang dijalankan oleh
penyelidik terdahulu. Bagi penghampiran Thomas-Fermi pula purata ralat didapati
adalah sebanyak 30% dan keputusan penghampiran Xa juga didapati kurang memuaskan. |
---|