Penterjemahan idiom Arab-Melayu melalui Google Translate: apakah yang perlu dilakukan?

Ungkapan idiom Arab sebagai bahasa figuratif yang berbeza daripada makna denotasinya perlu diterjemahkan dengan kaedah yang sesuai. Penggunaannya secara meluas dalam bahasa seharian termasuk dalam akhbar dan media sosial menjadi cabaran besar kepada pengguna Melayu yang menggunakan Google Translate...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainal Abidin, Enid Zureen, Mustapha, Nik Farhan, Abd Rahim, Normaliza, Syed Abdullah, Syed Nurulakla
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/87103/
https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/37691/10916
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Ungkapan idiom Arab sebagai bahasa figuratif yang berbeza daripada makna denotasinya perlu diterjemahkan dengan kaedah yang sesuai. Penggunaannya secara meluas dalam bahasa seharian termasuk dalam akhbar dan media sosial menjadi cabaran besar kepada pengguna Melayu yang menggunakan Google Translate (GT) untuk menterjemahkannya dan mereka perlu tahu teknik untuk menggunakannya secara optimum. Oleh itu, objektif kajian ini ialah menganalisis dan membandingkan hasil penterjemahan ungkapan idiom Arab-Melayu antara GT dengan terjemahan kamus menurut kaedah penterjemahan idiom dan merumuskan teknik terbaik penterjemahan idiom Arab-Melayu menggunakan Google Translate. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis teks. Data diambil daripada 35 idiom yang terdapat dalam Kamus Kontrastif Ungkapan idiom (KKUI) Arab-Arab dan Kamus Frasa Idiomatik dan Ertinya (KFIADE) Arab-Melayu serta digunakan dalam korpus akhbar AlGhad(02) Jordan dalam ArabiCorpus. Sejumlah 105 data diterjemahkan menggunakan GT dan seterusnya analisis dilakukan ke atas hasil terjemahan secara rinci melalui perbandingan dengan KFIADE. Dapatan kajian menunjukkan kualiti terjemahan GT adalah lebih baik apabila ungkapan idiom diterjemahkan bersama konteks ayat berbanding dengan terjemahannya di luar konteks ayat. Di sebalik kelemahan utama GT yang menterjemah secara harfiah, GT mampu menghasilkan terjemahan idiom yang baik dalam ragam ayat yang berbeza. Analisis juga mendapati empat kaedah penterjemahan idiom juga telah dikesan berdasarkan adaptasi kaedah penterjemahan metafora Newmark (1988). Kaedah paling banyak ialah “menukarkan idiom kepada pengertian” oleh kedua-dua KFIADE dan GT. Kaedah fleksi juga didapati menjadi kelebihan pada terjemahan KFIADE berbanding dengan GT namun, GT boleh ditingkatkan ketepatannya sehingga 5.7% dengan memanipulasi data terjemahannya. Teknik terbaik penterjemahan idiom Arab-Melayu menggunakan GT telah dicadangkan.