Kesan Teknik Perbincangan Reflektif Terhadap Prestasi Penulisan Isi Karangan Pelajar Menengah Tinggi
Penyelidikan eksperimental ini cuba mendapatkan data tentang prestasi penu lisan isi karangan bahasa Melayu (BM) kalangan pelajar Tingkatan Enam. Tujuannya ialah untuk memahami sejauh mana kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif memberi kesan terhadap prestasi penulisan isi karangan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1995
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8918/1/FPP_1995_7_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8918/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Penyelidikan eksperimental ini cuba mendapatkan data tentang prestasi
penu lisan isi karangan bahasa Melayu (BM) kalangan pelajar Tingkatan Enam.
Tujuannya ialah untuk memahami sejauh mana kaedah deduksi melalui teknik
perbincangan reflektif memberi kesan terhadap prestasi penulisan isi karangan aspek
kerelevenan, keutuhan dan keseluruhan kalangan pelajar menengah tinggi.
Data kajian dikumpul melalui ujian karangan dalam ujian pra dan ujian pasca
bagi tujuan mengukur prestasi penulisan isi karangan kumpulan eksperimen yang
dirangsang dengan kaedah deduksi melalui teknik perbincangan reflektif dan
kumpulan kawalan yang telah menjalani teknik pengajaran tradisional. Bagi penulisan isi karangan aspek kerelevenan dalam kumpulan eksperimen
[KE1], hasil ujian-t menunjukkan kewujudan perbezaan yang signifikan antara skor
ujian pra dan ujian pasca. Berhubung kumpulan kawalan [KK1] pula, hasil ujian-t
tidak menu njukkan perbezaan yang signifikan. Dapatlah dikatakan bahawa kaedah
deduksi melalui teknik perbincangan reflektif boleh meningkatkan prestasi penulisan
isi karangan aspek kerelevenan kalangan pelajar menengah tinggi.
Dalam penulisan isi karangan aspek keutuhan dalam kumpulan eksperimen
[KE 1], ujian-t menu njukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian pra
dan ujian pasca. Bagi Kumpulan kawalan [KK 1] pula, hasil kajian menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Data kajian menunjukkan kaedah deduksi
melalui teknik perbincangan reflektif berupaya meningkatkan prestasi penulisan isi
karangan aspek keutuhan kalangan pelajar menengah tinggi. |
---|