Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Murid-Murid India
Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan meneliti pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu murid-murid India di Pekan Buntung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 180 murid tahun enam di SRJK(T) Sg. Pari dan SRJK(T) Methodist, Buntung, Perak Darul Ridzuan....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1996
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8943/1/FPP_1996_7_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8943/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan meneliti pengaruh bahasa ibunda
dalam proses pembelajaran bahasa Melayu murid-murid India di Pekan Buntung,
Perak Darul Ridzuan. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 180 murid tahun enam di
SRJK(T) Sg. Pari dan SRJK(T) Methodist, Buntung, Perak Darul Ridzuan. Kajian
ini menggunakan karangan murid-murid yang ditulis dalam situasi pembelajaran
formal, pertuturan bahasa Melayu di dalam kelas dan jawapan-jawapan kepada soal
selidik yang diberi di penghujung sesi kajian.
Dapatan tentang analisis kandungan ke atas karangan murid yang dihasilkan
dalam proses pembelajaran secara formal menunjukkan bahawa proses penggantian
fonem vokal bahasa Melayu dalam aspek leksikal paling banyak dipengaruhi oleh
bahasa ibunda. Dalam aspek ayat, pengaruh tersebut diwakili oleh binaan ayat penyata. Pengaruh seperti pemindahan bahasa ibunda paling ketara dalam aspek kata
dasar yang menerima pengaruh bunyi vokal dan konsonan bahasa Tamil.
Selanjutnya, pemerhatian ke atas aspek pertuturan bahasa Melayu murid-murid
membuktikan bahasa memanjangkan bunyi vokal dalam kata pinjaman kerap terdapat
pada kata dasar. Di samping itu fenomenon percampuran kod bahasa Melayu-Tamil
terutama yang terdiri daripada jenis Ayat Penyata turut dikesan.
Dalam proses pembelajaran secara tidak formal tinjauan telah dilakukan
berdasarkan soal selidik. Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa unsur
ekstralinguistik bahasa ibunda yang paling dominan ialah sikap terhadap bahasa
ibunda. Dengan kata lain, sikap terhadap bahasa ibunda sangat kukuh di kalangan
pengguna menganggap bahasa ibunda perlu digunakan selalu. |
---|