Faktor Pendorong Pekerja Teknikal Memasuki Profesion Perguruan
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi pendorong pekerja teknikal memasuki profesion perguruan dan sebab-sebab mereka meninggalkan jawatan lama mereka serta mengukur tahap kepuasan kerja lama mereka. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah soa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8956/1/FPP_1997_6_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8956/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang menjadi pendorong pekerja teknikal memasuki profesion
perguruan dan sebab-sebab mereka meninggalkan jawatan lama mereka
serta mengukur tahap kepuasan kerja lama mereka.
Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang
dibentuk oleh penyelidik dan Job Descriptive Index (JDI) oleh Smith,
Kendall dan Hulin (1969) yang telah diterjemahkan oleh Ariffin (1981).
Jumlah responden yang digunakan adalah seramai 69 orang (641elaki dan 5
wanita) yang terdiri dari guru pelatih Program Asas Perguruan Teknologi
Kejuruteraan di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Semua responden
mempunyai pengalaman bekerja di bidang teknikal sebelum memasuki
kursus perguruan. Data dianalis dengan menggunakan analisis diskriptif:
kekerapan, peratus dan urutan keutamaan.
Hasil kajian mendapati di antara tiga faktor pendorong, faktor kerja
itu sendiri (24.3%) dan faktor ganjaran (23.1%) menjadi dua faktor yang
utama mereka memasuki profesion perguruan. Ini diikuti oleh faktor
dorongan(15.2%).
Bagi tahap kepuasan kerja lama responden, didapati ia berada di peringkat
sederhana (66.1%) dan rendah (10.7%). Dimensi penyelia dan penyeliaan
dan dimensi rakan sekerja menjadi punca utama kepuasan kerja
berada pada tahap sederhana sementara dimensi kerja itu sendiri dan
dimensi peluang kenaikan pangkat menjadi punca utama kepuasan kerja
yang rendah.
Manakala bagi kategori-kategori faktor penolak apabila disusun
mengikut urutan keutamaan, jadual kerja yang padat dan tidak menentu
dinyatakan sebagai faktor pertama (urutan pertama). Ini diikuti oleh faktor
tekanan kerja yang berat dan membebankan (kedua), tidak banyak peluang
memajukan diri (ketiga), tiada interaksi sosial(keempat), desakankeluarga
(kelima), gaji dan imbuhan yang tidak setimpal dengan beban tugas
(keenam) serta faktor jawatan tidak sesuai sarna ada dengan bakat, minat
atau kebolehan (ketujuh).
Walaupun kajian ini merupakan satu tinjauan sahaja tetapi hasil yang
diperolehi dirasakan dapat memberi sedikit panduan dalam membantu pihak
tertentu menarik lebih ramai pekerja teknikal memasuki profesion perguruan
agar dapat kita mengeluarkan bakal-bakal guru jurusan teknikal yang lebih
berpengalaman, berketrampilan dan lebih dedikasi. |
---|