Suatu kajian untuk menentukan jenis somatotaip dan peratusan lemak badan di kalangan pemain-pemain bola keranjang wanita Kebangsaan Malaysia

Kajian dijalankan untuk menentukan jenis somatotaip di kalangan pemainpemain bola keranjang wanita kebangsaan (PPBKWK) berlandaskan bentuk badan fizikal manusia yang telah dikemukakan oleh Sheldon. Ukuran telah dibuat berdasarkan kaedah yang telah disarankan oleh "Health dan Carter". Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Soh, Kim Geok
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1997
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8963/1/FPP_1997_15%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8963/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Kajian dijalankan untuk menentukan jenis somatotaip di kalangan pemainpemain bola keranjang wanita kebangsaan (PPBKWK) berlandaskan bentuk badan fizikal manusia yang telah dikemukakan oleh Sheldon. Ukuran telah dibuat berdasarkan kaedah yang telah disarankan oleh "Health dan Carter". Selain daripada itu, tahap peratusan lemak badan di kalangan pemain-pemain ini juga ditentukan berdasarkan ukuran lipatan kulit sejumlah tujuh lokasi yang telah dikemukakan oleh Pollock, Jackson dan Schmidt. Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya PPBKWK mempunyai komponen somatotaip mesomorfi-endomorfi. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan yang telah dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji yang menjalankan kajian ke atas pemain-pemain bola keranjang wanita elit di Amerika Syarikat.Narnun, pemain-pemain yang bermain di posisi yang berlainan didapati rnemiliki tiga skala komponen somatotaip (endomorfi, mesomorfi dan ektomorfi) yang berbeza di antara satu sama lain. Selain daripada itu, perbezaan peratusan lemak badan juga dapat dikesan di kalangan pemain-pemain ini. Kajian yang pernah dijalankan ke atas pemain-pemain bola keranjang wanita elit rnendapati bahawa peratusan lemak badan di kalangan pernain-pernain elit di Amerika Syarikat adalah di antara 10.00% hingga 16.00 %, manakala kajian ini mendapati bahawa PPBKWK mempunyai pertusuan lemak badan di antara 19.68% hingga 26.20%.