Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan

Kerukunan rumah tangga asas pada kesejahteraan masyarakat. Realiti kini menunjukkan keutuhan institusi ini tergugat khususnya di kalangan belia. Pemerhatian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkannya lemah adalah kerana kurangnya persediaan di kalangan bakal suami isteri untuk mendirikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Wahab, Muhammad Nubli
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1997
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8970/1/FPP_1997_22_A.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Kerukunan rumah tangga asas pada kesejahteraan masyarakat. Realiti kini menunjukkan keutuhan institusi ini tergugat khususnya di kalangan belia. Pemerhatian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkannya lemah adalah kerana kurangnya persediaan di kalangan bakal suami isteri untuk mendirikan rumah tangga. Oleh itu, kedudukan sebenar persediaan belia untuk berkahwin perlu dikaji dan dikenalpasti. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap persediaan belia yang akan berkahwin dari aspek pengetahuan, sikap dan amalan. Untuk itu, kajian ini melihat persediaan perkahwinan di kalangan 482 orang belia terpilih di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Temerluh. Penemuan kajian menunjukkan, majoriti responden mempunyai tahap persediaan untuk berkahwin yang sederhana dalam ketiga-tiga aspek persediaan iaitu, persediaan pengetahuan adalah lebih lemah berbanding persediaan sikap dan amalan untuk berkahwin. Hasil kajian mendapati aspek persediaan perkahwinan yang berkaitan dengan pengetahuan dan amalan terhadap agama Islam adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain. Salah satu faktor yang mempunyai hubungan dengan kelemahan persediaan ini adalah tahap pendidikan formal yang telah dilalui oleh belia. Belia yang rendah tahap tahap pendidikannya mempunyai tahap persediaan perkahwinan yang lebih lemah. Kajian penerokaan ini merumuskan bahawa para belia yang diambil sebagai responden kurang bersedia untuk berkahwin. Adalah dicadangkan agar kajian selanjutnya dalam bidang ini diteruskan dengan tujuan program-program penyediaan belia untuk berkahwin boleh dikemaskinikan bagi pembentukan masa depan generasi negara yang lebih mantap.