Reka bentuk dan pembangunan sistem hidroponik kompak bertingkat untuk pertanian bandar di kondominium dan pangsapuri di Kuala Lumpur, Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara membangun. Jangkaan pada tahun 2020, hampir 75% jenis rumah di Malaysia adalah rumah tinggi. Masalah utama yang tinggal di rumah kondominium dan pangsapuri mempunyai ruang yang terhad untuk melakukan aktiviti pertanian. Selain itu, penggunaan racun perosak secara ti...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90028/1/FRSB%202020%2019%20ir.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90028/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Malaysia adalah sebuah negara membangun. Jangkaan pada tahun 2020,
hampir 75% jenis rumah di Malaysia adalah rumah tinggi. Masalah utama yang
tinggal di rumah kondominium dan pangsapuri mempunyai ruang yang terhad
untuk melakukan aktiviti pertanian. Selain itu, penggunaan racun perosak secara
tidak terkawal di kalangan petani dan juga kurang pengetahuan pengguna
tentang sumber makanan mereka. Kos sara hidup yang makin meningkat,
pengguna membelanjakan 65% daripada gaji untuk keperluan makanan harian.
Selain itu, reka bentuk sistem hidroponik yang sedia ada tidak sesuai untuk
keperluan gaya hidup semasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengalakkan
aktiviti pertanian di kawasan ruang yang terhad di kawasan rumah, dan juga
menghasilkan sistem tanaman hijau yang efektif. Aktiviti tanam sendiri mampu
mengurangkan 40% kos sara hidup untuk makanan. Kaedah kajian yang
digunakan adalah mengedarkan soalan soal selidik kepada 100 responden dan
pemerhatian kepada penduduk rumah kondominium dan pangsapuri di Kuala
Lumpur. Reka bentuk sistem rak kompak telah dicadangkan berdasarkan fungsi
dan praktikal untuk menanam tanaman di ruang yang terhad menggunakan
sistem hydroponik Serta mereka bentuk produk yang mudah diguna. Reka
bentuk rak yang modular menggunakan sistem yang mudah dipasang dan
dileraikan juga sesuai diaplikasikan untuk hiasan dalaman rumah. Hasil
eksperimen ini membuktikan rak hidroponik dengan sistem kompak dan modular
amat praktikal untuk memenuhi keperluan pengguna di bandar. Validasi produk
akhir menunjukan bahawa pengguna memberikan respon positif terhadap
rekaan yang dihasilkan dari segi fungsi dan nilai estetik produk akhir. |
---|