Daya tahan sebagai perantara dalam hubungan antara kecerdasan emosi, spiritual, fizikal dan sosial dengan lesu upaya guru sekolah menengah di Selangor
Lesu upaya merupakan keadaan individu yang terlibat dikatakan mengalami keletihan dari aspek fizikal, mental dan emosi. Lesu upaya berlaku kepada profesion menolong termasuklah kerjaya seorang guru. Lesu upaya memberi kesan negatif serta dapat menjejaskan prestasi kerja. Guru-guru yang mengalami...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90588/1/FPP%202020%202%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90588/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Lesu upaya merupakan keadaan individu yang terlibat dikatakan mengalami keletihan
dari aspek fizikal, mental dan emosi. Lesu upaya berlaku kepada profesion menolong
termasuklah kerjaya seorang guru. Lesu upaya memberi kesan negatif serta dapat
menjejaskan prestasi kerja. Guru-guru yang mengalami lesu upaya dikatakan tidak dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih
berkesan.Terdapat faktor-faktor yang menyumbang berlakunya lesu upaya dalam
kalangan guru-guru. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada kecerdasan
emosi, kecerdasan spiritual, kecerdasan fizikal dan kecerdasan sosial melalui daya tahan
sebagai perantara merupakan faktor yang menyumbang terhadap lesu upaya. Kajian ini
juga membentuk model hubungan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual, kecerdasan
fizikal, kecerdasan sosial dan daya tahan dengan lesu upaya dalam kalangan guru di
negeri Selangor. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti tahap kecerdasan emosi,
kecerdasan spiritual, kecerdasan fizikal, kecerdasan sosial, daya tahan dan lesu upaya.
Reka bentuk kajian deskriptif dan korelasi digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian
telah diedarkan kepada guru-guru sekolah menengah harian negeri Selangor yang telah
dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak berkelompok. Data dianalisis secara
deskriptif berdasarkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Manakala, Pemodelan
Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan bagi pengujian hipotesis pertama hingga tiga
belas termasuklah ujian kesan dan ujian kesan perantaraan.
Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap lesu upaya guru-guru sekolah
menengah di negeri Selangor adalah pada tahap sederhana. Manakala daya tahan,
kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual, kecerdasan fizikal dan kecerdasan sosial adalah
tinggi. Dapatan kajian telah menunjukkan kecerdasan emosi dan kecerdasan fizikal
menunjukkan nilai signifikan positif terhadap daya tahan manakala kecerdasan spiritual dan kecerdasan sosial tidak memberi kesan terhadap daya tahan. Kecerdasan emosi,
kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal mempunyai kesan langsung yang signifikan
terhadap lesu upaya manakala kecerdasan sosial tidak memberi kesan kepada lesu upaya.
Seterusnya, analisis perantara menunjukkan bahawa hanya kecerdasan emosi,
kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal sahaja merupakan perantara penuh antara
daya tahan dengan lesu upaya manakala daya tahan bukan merupakan perantara antara
hubungan kecerdasan sosial dengan lesu upaya. Model peramal bagi kecerdasan emosi,
kecerdasan spiritual, kecerdasan fizikal, kecerdasan sosial dan daya tahan merupakan
padanan yang baik.
Daya tahan, kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal merupakan
faktor yang menyumbang kepada berlakunya lesu upaya. Implikasinya aspek-aspek
tersebut perlu dititik berat oleh bahagian-bahagian tertentu dalam Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pemilihan guru, latihan pra perkhidmatan guru dan
latihan dalam perkhidmatan.
Model hubungan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual, kecerdasan fizikal, kecerdasan
sosial dan daya tahan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan pihak tertentu seperti
pihak KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
serta barisan pentadbir sekolah dalam merancang dan melaksanakan program intervensi
atau pembangunan staf yang bertujuan meningkatkan daya tahan, kecerdasan emosi,
kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal yang merupakan faktor penyumbang kepada
berlakunya lesu upaya untuk menambah baik mutu perkhidmatan keguruan di negara ini. |
---|