Penggunaan teori rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam proses mengarang Bahasa Melayu murid tahun lima
Kemahiran mengarang merupakan kemahiran yang kompleks kerana melibatkan kemahiran kognitif dan psikomotor. Kajian ini menggunakan Teori Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis (TRMPKM) yang merangkumi empat motor pembelajaran, iaitu, Motor Perancangan, Motor Logik, Motor Memori dan Motor...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90607/1/FPP%202020%205%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90607/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kemahiran mengarang merupakan kemahiran yang kompleks kerana melibatkan
kemahiran kognitif dan psikomotor. Kajian ini menggunakan Teori Rangkaian Motor
Pembelajaran Kemahiran Menulis (TRMPKM) yang merangkumi empat motor
pembelajaran, iaitu, Motor Perancangan, Motor Logik, Motor Memori dan Motor
Tindakan. Empat motor ini saling berkait dan penting semasa proses penghasilan
karangan, iaitu, ketika memahami cara otak menerima, menapis, menggabungkan, dan
menggunakan pembelajaran fungsi otak semasa menghasilkan karangan. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji proses, strategi dan masalah kemahiran menulis dalam
aktiviti mengarang murid Tahun Lima berdasarkan TRMPKM. Reka bentuk kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu, teknik pengumpulan data melalui
kaedah temu bual, pemerhatian serta analisis dokumen yang dihuraikan secara
deskriptif terhadap lima orang peserta kajian di sebuah sekolah rendah di Kuantan.
Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan tiga peringkat proses mengarang iaitu,
Pramengarang, Semasa Mengarang serta Pascamengarang. Proses mengarang
melibatkan kemahiran membaca dan memahami soalan, menggarisi klu, merujuk
informasi, merangka draf karangan, penaakulan idea, mengikut format, menulis
struktur karangan, memastikan karangan mempunyai kohesi dan koheren, yang
dikawal oleh pengetahuan dan pengalaman ketika menyemak dan membetulkan
karangan. Strategi mengarang pula terdiri daripada merancang masa, menyenaraikan
isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat, membina atau mengolah ayat, latih tubi amalan
menulis serta memberikan fokus sepanjang proses mengarang berlaku. Kajian ini juga
menemukan isu tentang masalah mengarang murid pada setiap motor pembelajaran,
iaitu, masalah daripada aspek merancang masa, sukar mengungkap idea tersirat,
kekurangan idea, tidak menyemak, serta tidak membetulkan kesalahan aspek
tatabahasa. Kesimpulannya, kajian ini mendapati proses dan strategi mengarang
memerlukan penguasaan keempat-empat motor pembelajaran kemahiran menulis
dengan baik. Kajian ini merumuskan bahawa jika salah satu motor pembelajaran tidak dikuasai, maka penghasilan karangan akan terjejas, iaitu, hasil sesebuah karangan
kurang menarik atau tidak lengkap. Pengetahuan tentang motor pembelajaran
sebenarnya dapat meningkatkan kecekapan menulis karangan. Kajian turut
membuktikan bahawa TRMPKM dapat memberi kefahaman yang jelas kepada guru
tentang proses kognitif murid semasa mengarang. Kefahaman tentang teori ini dapat
membantu guru merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Hal ini dibuktikan dengan kelima-lima peserta kajian dapat mencapai tahap
yang baik dalam keempat-empat motor pembelajaran mengarang seperti mana yang
digagaskan oleh TRMPKM. |
---|