Disiplin organisasi pembelajaran dalam organisasi sektor awam Negeri Sarawak di kawasan Kuching dan perkaitanya dengan iklim organisasi
Kaj ian ini mengkaji tahap pengamalan disiplin Organisasi Pembelajaran di kalangan pekerja sektor awam negeri Sarawak di Kuching dan perkaitannya dengan iklim organisasi yang berlaku. Ia ditinjau berdasarkan persepsi yang dibuat oleh seramai 225 orang responden yang dijadikan sebagai sampel kajia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English English |
Published: |
1998
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9090/1/FPP_1998_87%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9090/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English English |
Summary: | Kaj ian ini mengkaji tahap pengamalan disiplin Organisasi Pembelajaran di
kalangan pekerja sektor awam negeri Sarawak di Kuching dan perkaitannya dengan iklim
organisasi yang berlaku. Ia ditinjau berdasarkan persepsi yang dibuat oleh seramai 225
orang responden yang dijadikan sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada pekerja-pekerja
Kumpulan Professional/Pengurusan dan Sokongan yang bertugas dalam
organisasi-organisasi yang berkenaan.
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soalselidik yang
ditadbir sendiri oleh pengkaji. Analisis yang dilakukan ke atas data yang dikumpul dibuat
dengan menggunakan beberapa kaedah statistik iaitu min, peratusan, kekerapan, sisihan piawai, analisis korelasi dan ujian 1. Hasil analisis yang dibuat, kajian ini mendapati
bahawa tahap pengarnalan disiplin Organisasi Pembelajaran dalam organisasi sektor
awam negeri Sarawak masih lagi berada pada tahap yang sederhana. Kajian ke atas iklim
organisasi juga menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Manakala
analisis korelasi yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan
antara kedua-duanya. Dalam ujian t yang dilakukan pula, kajian ini mendapati tidak
terdapat perbezaan dari segi persepsi antara responden berdasarkan jantina, kumpulan
perkhidmatan dan jenis organisasi tempat berkhidmat. |
---|