Tahap Penggunaan Komputer dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran - Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat
Rancangan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang progresif dan mampu bersaing di peringkat global adalah berdasarkan cita-cita wawasan 2020 dan perkembangan pesat teknologi maklumat masa kini. Guru adalah merupakan agen pengubah dan pelaksana yang paling penting untuk merealisasik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9149/1/FPP_1999_35_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9149/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Rancangan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara
maju yang progresif dan mampu bersaing di peringkat global
adalah berdasarkan cita-cita wawasan 2020 dan perkembangan
pesat teknologi maklumat masa kini. Guru adalah merupakan
agen pengubah dan pelaksana yang paling penting untuk
merealisasikan hasrat murni tersebut. Sehubungan dengan itu
kajian ini telah dijalankan dikalangan guru-guru disekolah
menengah Daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan satu set
soal selidik yang mengandungi 13 item latar belakang dan 28
item berkaitan dengan tahap penggunaan komputer dalam proses
penghasilan bahan pengajaran. Sampel kajian yang digunakan
terdiri daripada 100 orang guru. Kajian yang dijalankan adalah
berbentuk kajian deskriptif dan analisa data telah dibuat
menggunakan perisian SPSS 3.5 dan dibentangkan dalam bentuk
peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan lapan puluh
lima peratus guru boleh menggunakan komputer tetapi di tahap
yang sederhana, kebanyakannya belajar sendiri melalui rakan-rakan, suami dan anak-anak, hanya tiga belas peratus belajar
secara formal. Kira-kira sepuluh peratus responden sahaja yang
benar-benar mahir menggunakan komputer. Enam puluh lima
peratus guru ada menghasilkan bahan pengajaran menggunakan
komputer terutamanya dalam bentuk bahan bercetak, iaitu enam puluh lima peratus nota ringkas/ jadual, lima puluh tujuh peratus
lembaran kerja dan selainnya dalam bentuk-bentuk transperansi,
laporan, rencana, graf, grafik, powerpoint dan perisian. Mata
pelajaran yang kerap menggunakan komputer ialah Bahasa,
Sejarah, Matematik dan Sains. Terdapat beberapa pandangan
responden terhadap penggunaan komputer dalam menghasilkan
bahan pengajaran iaitu bahan yang dihasilkan adalah lebih
menarik, bermutu, berkesan dan mudah disimpan lama serta
senang jika ingin digunakan semula. Maklumat yang terkandung
dalam bahan pengajaran adalah isu terkini dan ianya juga mudah
untuk dikemaskinikan. Walau bagaimanapun masih terdapat
kekangan dalam penggunaan komputer bagi penghasilan bahan
pengajaran. Antara kekangannya ialah tiada kemahiran, tiada
mempunyai komputer sendiri di rumah dan kesuntukan masa
kerana guru-guru sering dibebankan dengan pelbagai tugas dan
selainnya mengatakan yang ianya ada kaitan dengan kos. Adalah
dicadangkan semua pejabat guru / bilik guru dilengkapi dengan
kemudahan komputer dan guru-guru diberikan latihan khusus
bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran serta ditubuhkan
suatu jawatankuasa khas untuk menilai bahan pengajaran yang
dihasilkan. |
---|