Proses Peningkatan Kualiti dalam Pengajaran Melalui ISO 9000 di Universiti Putra Malaysia
Kajian ini bertujuan memahami proses peningkatan kualiti dalam pengajaran melalui ISO 9000. Selaras dengan dasar pengkorporatan universiti dan persaingan antara IPTA dengan IPTS yang semakin tinggi, UPM memerlukan proses pengajaran yang berkualiti. Universiti yang dianggap berkualiti akan menari...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Project Paper Report |
Language: | English Malay |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9161/1/FPP_1999_52_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9161/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Kajian ini bertujuan memahami proses peningkatan kualiti dalam
pengajaran melalui ISO 9000. Selaras dengan dasar pengkorporatan universiti
dan persaingan antara IPTA dengan IPTS yang semakin tinggi, UPM
memerlukan proses pengajaran yang berkualiti. Universiti yang dianggap
berkualiti akan menarik minat pelanggan dan dengan demikian peningkatan
kualiti menjadi semakin penting. Melalui ISO 9000, UPM menjanjikan
kepastian kualiti pengajaran kepada pelanggannya di mana perkhidmatan
pengajaran yang diberikan olehnya memenuhi standard yang ditetapkan secara
konsisten.
Seramai 8 responden yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000 di UPM
telah dipilih. Temubual secara mendalam dengan setiap responden telah
dijalankan. Setiap temubual memakan masa tidak kurang daripada satu jam.
Semua temubual dirakamkan ke dalam pita rakaman dan kemudiannya
dituliskan semula bagi memudahkan proses analisis data. Daripada kajian ini, kefahaman responden boleh dibahagikan kepada
empat aspek iaitu (1) konsep kualiti pengajaran; (2) konsep ISO 9000 dalam
peningkatan kualiti pengajaran; (3) proses peningkatan kualiti pengajaran dan
proses pencapaian ISO 9000 dalam pengajaran; dan (4) cabaran dalam proses
mempertingkatkan kualiti pengajaran melalui ISO 9000.
Konsep kualiti pengajaran dilihat sebagai kejayaan melahirkan graduan
yang cemerlang pada keseluruhannya, diterima dan dapat memberikan
perkhidmatan yang berkualiti kepada majikan. Dalam hal ini selain proses
pemindahan ilmu, kualiti input pelajar juga memberi kesan terhadap melahirkan
graduan yang cemerlang. Proses peningkatan kualiti melalui ISO 9000
memerlukan komitmen dan penglibatan tinggi semua pihak. ISO 9000 dilihat
sebagai satu struktur asas untuk mencapai pengurusan kualiti yang lebih
menyeluruh.
Beberapa cabaran perlu diatasi dalam mencapai pengiktirafan ISO 9000.
Antaranya kefahaman umum yang masih kabur, mendapatkan komitmen yang
lebih mantap, memerlukan penilaian dan pemantauan yang lebih menyeluruh,
dan sasaran pencapaian yang lebih realistik. Selain itu beberapa pembaharuan
sistem kerja dan struktur organisasi juga perlu dilaksanakan. Peningkatan
kualiti dalam pengajaran dilihat sebagai satu proses yang perlu dilaksanakan
secara berterusan. |
---|