Hubungan Antara Pembelajaran Aturan Kendiri dan Keyakinan Terhadap Kebolehan Diri Dengan Pencapaian Akademik di Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk meneroka hubungan antara pembelajaran aturan kendiri dengan pencapaian akademik di institusi pengajian tinggi. Kajian ini juga cuba menyelidiki pengaruh kepercayaan kepada kebolehan diri untuk belajar dan berjaya ke atas pencapaian akademik menerusi peng...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9249/1/FPP_2001_22.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9249/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk meneroka hubungan antara
pembelajaran aturan kendiri dengan pencapaian akademik di institusi
pengajian tinggi. Kajian ini juga cuba menyelidiki pengaruh kepercayaan
kepada kebolehan diri untuk belajar dan berjaya ke atas pencapaian
akademik menerusi penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri.
Pengukuran tahap pembelajaran aturan kendiri dalam kajian ini dilakukan
berdasarkan subskala-subskala yang dicadangkan oleh Pintrich, Smith,
Garcia dan McKeachie (1991). Berdasarkan model umum motivasi teori
jangkaan nilai, hubungan antara komponen-komponen motivasi
(kepercayaan kepada kebolehan diri untuk belajar dan berjaya,
kepercayaan terhadap kawalan pembelajaran, orientasi matlamat intrinsik,
orientasi matlamat ekstrinsik, nilai tugasan dan kerisauan peperiksaan) dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri
diperihalkan dalam sebuah skema konseptual pembelajaran aturan kendiri.
Teknik korelasi separa digunakan untuk mengawal pembolehubah luaran
dalam usaha untuk menyelidiki hubungan antara pembelajaran aturan
kendiri dengan pencapaian akademik. Hasil kajian menunjukkan bahawa
pembelajaran aturan kendiri mempunyai perkaitan yang positif dan
signifikan dengan pencapaian akademik setelah pembolehubah luaran
dikawal, r=.43, p<.01 . |
---|