Pengaruh pembentukan kerjasama politik Parti Islam Se-Malaysia PAS dari tahun 1974-2021

Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada satu parti pun mampu untuk membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. PAS telah menjalinkan kerjasama politi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Isa, Nur Ayuni, Ahmad, Zaid, Talib, Ahmad Tarmizi, Jawan, Jayum
Format: Article
Published: Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94520/
https://eco1.upm.edu.my/jurnal_fakulti-3740
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada satu parti pun mampu untuk membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. PAS telah menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak tujuh kali bermula dengan BN, HAK, APU, BA dan PR, MN, dan PN dari tahun 1974 hingga terkini 2021. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO, PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Hasil analisis menunjukkan proses kerjasama politik PAS adalah melalui rundingan berasaskan titik pertemuan dan matlamat bersama. Kajian ini membuktikan tingkahlaku politik PAS terhadap pembentukan kerjasama politik yang disertainya adalah berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar yang dibuktikan apabila PAS menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa dan dibuktikan dengan matlamat untuk menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan parti komponen lain, serta beberapa pemanfaatan yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan untuk mendapatkan undi di mana kerjasama politik memberi lebih banyak undian berbanding PAS bertanding secara sendirian. Dengan penemuan ini, kajian ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu dengan menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang dibuat oleh sesebuah parti politik dalam tindakan kerjasama politik.