Perkaitan media massa dengan akhlak pelajar, kajian kes: Universiti Putra Malaysia

Media massa mempunyai peranan yang sangat penting dalam era globalisasi kini. Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi seperti media massa, menyebabkan terjadi perubahan teknologi maklumat secara cepat di mana-mana. Media massa sedikit demi sedikit membawa masyarakat ke suatu pola budaya baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anwar, Farah Husna, Hassan, Mohammad Mujaheed, Wan Hamzah, Wan Nur Nazihah, Amin, Samir Muhazzab, Mohd Khir, Azlina
Format: Article
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2020
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94551/
https://www.iyres.gov.my/penerbitan/malaysian-journal-of-youth-studies/item/421
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Media massa mempunyai peranan yang sangat penting dalam era globalisasi kini. Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi seperti media massa, menyebabkan terjadi perubahan teknologi maklumat secara cepat di mana-mana. Media massa sedikit demi sedikit membawa masyarakat ke suatu pola budaya baharu dan mulai mempengaruhi pola pemikiran serta budaya perilaku masyarakat. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan media massa dengan akhlak pelajar Universiti Putra Malaysia. Terdapat 379 pelajar yang terlibat dalam kajian ini di mana mereka dipilih melalui persampelan rawak mudah. Data dikumpul dengan menggunakan set borang soal selidik yang telah diubahsuai daripada Abdul Halim Tamuri (2005). Data soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jumlah kandungan media massa dengan akhlak pelajar daripada aspek berpakaian (r =0.054), pergaulan (r = 0.091) dan komunikasi (r = 0.082).Namun begitu, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi aspek hiburan (r = 0.227). Kajian ini menyimpulkan, tiada perkaitan di antara media massa dengan akhlak pelajar. Namun begitu masih terdapat beberapa item negatif di dalam soal selidik menjadi pilihan responden. Justeru, pemantaun perlu dilakukan terhadap pelajar-pelajar ini bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan kandungan media massa yang berunsur negatif. Adalah disarankan kajian masa depan untuk mengambil kira faktor-faktor yang lain dan diperluaskan di lebih banyak Institut Pengajian Tinggi di Malaysia dengan saiz sampel yang besar untuk meningkatkan generalisasi dan menghasilkan data yang lebih dipercayai.