Perkembangan Kamus Dwibahasa Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris dari perspektif maklumat dalam takrif

Dunia perkamusan Melayu sentiasa berkembang semenjak zaman dahulu lagi. Antara contoh terbitan awal ialah Daftar Kata Melayu –Cina yang dikumpulkan sekitar tahun 1403-1511M. Seterusnya kamus berkembang dengan ditambah huraian tatabahasa, diikuti dengan huraian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Hasnah
Format: Article
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/94553/
https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/227
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Dunia perkamusan Melayu sentiasa berkembang semenjak zaman dahulu lagi. Antara contoh terbitan awal ialah Daftar Kata Melayu –Cina yang dikumpulkan sekitar tahun 1403-1511M. Seterusnya kamus berkembang dengan ditambah huraian tatabahasa, diikuti dengan huraian makna serta contoh penggunaan kata mengikut konteks. Kewibawaan sesebuah kamus dilihat pada ketuntasan aspek mikrostrukturnya, mencakupi kategori maklumat seperti takrif, maklumat linguistik, serta aspek mediostruktur. Kajian terdahulu yang ditelusuri didapati banyak memfokus pada aspek makrostruktur, namun masih kurang yang menyentuh aspek mikrostruktur, khususnya kategori takrif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan perkembangan perkamusan Melayu dwibahasa dari sudut maklumat dalam takrif. Objektif kajian adalah untuk membandingkan maklumat dalam entri Dictionary of The Malayan Language oleh William Marsden (1812) dan Kamus Dwibahasa Longman(2009); menghuraikan maklumat huraian makna dalam kedua-dua kamus dikaji; dan merumuskan persamaan dan perbezaan maklumat yang dipaparkan dalam kamus berkenaan. Data kajian mencakupi entri kategori kata nama dan kata adjektif dalam kedua-dua kamus yang dikaji. Pendekatan takrif tekstual digunakan untuk menghuraikan takrif, manakala perumusan takrif dibuat berpandukan prinsip perkamusan. Kajian ini memaparkan perkembangan perkamusan Melayu dwibahasa dari sudut maklumat dalam takrif, yang amat penting sebagai panduan untuk menghasilkan sebuah kamus yang berwibawa pada masa akan datang.