Susur rawai dessit Duano dalam seni Dangkong

Dessit Duano atau orang Duano merupakan satu kelompok orang Asli yang ada di Malaysia. Mereka merupakan sebahagian daripada orang Kuala yang tinggal di kuala sungai atau persisiran pantai. Dangkong ialah seni warisan turun temurun yang mengandungi pelbagai tarian atau susur rawai. Kajian ini dijala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Damiri, Rahmat, Mohd Kiram, Norazlina
Format: Article
Published: UPSI Press 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/95239/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/5289
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Dessit Duano atau orang Duano merupakan satu kelompok orang Asli yang ada di Malaysia. Mereka merupakan sebahagian daripada orang Kuala yang tinggal di kuala sungai atau persisiran pantai. Dangkong ialah seni warisan turun temurun yang mengandungi pelbagai tarian atau susur rawai. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano di Johor dan makna tersirat pergerakan ragam tersebut. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah lapangan serta temu bual. Kajian dijalankan di Kampung Kuala Benut, Benut Pontian, Johor dan melibatkan empat orang informan yang terdiri daripada ketua masyarakat dan penggiat seni Dangkong. Temu bual difokuskan kepada lima ragam dalam Tarian Susur Rawai dessit Duano, iaitu mendayung, mengemudi, membuang air, menarik rawai dan menanggal rawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ragam Tarian Susur Rawai dessit Duano dalam seni Dangkong bukan sekadar tarian, tetapi berkait rapat dengan kehidupan seharian, mempunyai nilai estetika yang tinggi dan lambang identiti masyarakat.