Status halal alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia
Alkohol bukan sahaja terdapat dalam produk makanan dan minuman tertentu, bahkan merupakan bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik seperti minyak wangi, produk penjagaan kulit dan lain-lain. Alkohol haram digunakan jika bahannya adalah arak atau khamar. Sehubungan dengan itu, kajian ini...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/97800/1/IPPH%202021%207%20-%20IR.1.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/97800/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Alkohol bukan sahaja terdapat dalam produk makanan dan minuman tertentu,
bahkan merupakan bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik seperti
minyak wangi, produk penjagaan kulit dan lain-lain. Alkohol haram digunakan jika
bahannya adalah arak atau khamar. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti
status halal alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia. Seterusnya
daripada isu ini, timbul beberapa persoalan dalam kajian penyelidik. Persoalan
pertama ialah apakah penggunaan alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik?
Persoalan kedua apakah maksud arak menurut syarak? Persoalan ketiga apakah
status alkohol dalam produk kosmetik berjenama di Malaysia? Persoalan keempat
apakah jenis sebatian alkohol dan fungsi keselamatannya kepada pengguna?
Kajian ini yang menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kualitatif dan
melibatkan lapan orang pakar sains dan syariah sebagai informan kajian telah
mencapai objektifnya. Pemilihan sampel kajian dilakukan secara rawak bagi
produk-produk kosmetik yang dipilih. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini
merangkumi temu bual dan pemerhatian bagi tujuan menganalisis data dan
mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lengkap. Kajian makmal dan temu
bual separa juga dijalankan di Makmal Institut Penyelidikan Produk Halal untuk
mengetahui keselamatan kandungan dan jenis alkohol yang terdapat dalam
produk kosmetik.
Hasil kajian mendapati terdapat 13 sebatian alkohol yang telah dikenal pasti
dalam sampel produk kosmetik iaitu 1,3-butanediol, 2-phenoxy ethanol, 1,2-
pentanediol, octanol, ethanol, phenyl ethyl alcohol, benzyl alcohol, 2-propanol,
benzene methanol, 1-hexanol, propylene glycol, isopropyl alcohol, dan citronellol.
Kesemua alkohol yang dikaji berfungsi sebagai agen pembersih dan bahan
pelarut yang sesuai dan selamat digunakan ke atas kulit. Selain itu, status halal
alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia telah disokong oleh lapan informan
yang mempunyai latar belakang syariah dan sains, iaitu alkohol yang terhasil
bukan diproses secara pembuatan arak (khamar) maka ia diharuskan. Sebaliknya, sekiranya alkohol itu diproses daripada pembuatan arak maka ia
diharamkan dalam Islam.
Kajian ini membuktikan bahawa produk kosmetik yang mengandungi alkohol
adalah selamat digunakan oleh pengguna Islam sekiranya alkohol itu diproses
melalui proses-proses tertentu iaitu semula jadi, penapaian, dan sintetik. Selain
itu, penggunaan alkohol dalam produk kosmetik memberikan implikasi kepada
masyarakat dalam aspek hukum halal dan haram. Dapatan kajian ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan pengguna Muslim terhadap hukum penggunaan
alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik. |
---|