Wacana taklif dan manifestasinya terhadap cerita dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan
Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang menyerlahkan kecenderungan kajian-kajian ilmiah sedia ada dalam memperakukan Pujangga Melayu sebagai sebuah novel yang mengandungi “ilmu” dan “pemikiran”, atau disebut sebagai “wacana”. Selain itu, kajian-kajian ilmiah sedia ada juga ce...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98760/1/FBMK%202021%2044%20%20UPMIR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98760/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang menyerlahkan kecenderungan
kajian-kajian ilmiah sedia ada dalam memperakukan Pujangga Melayu sebagai sebuah
novel yang mengandungi “ilmu” dan “pemikiran”, atau disebut sebagai “wacana”.
Selain itu, kajian-kajian ilmiah sedia ada juga cenderung dalam memperakukan bahawa
“wacana” merupakan bentuk yang dimanfaatkan secara signifikan dalam Pujangga
Melayu, khususnya bagi menjelaskan prinsip Taklif. Dalam konteks ini, kajian ini ingin
menghujahkan bahawa “wacana” bukan satu-satunya bentuk yang dimanfaatkan dalam
Pujangga Melayu bagi menjelaskan prinsip Taklif. Hal ini kerana bacaan awal mendapati
bahawa selain bentuk “wacana”, prinsip Taklif dalam Pujangga Melayu turut
diterjemahkan dalam bentuk “cerita”, terutamanya aspek watak dan perwatakan.
Sehubungan itu, kajian ini distrukturkan bagi mencapai dua objektif penting, iaitu
menganalisis proses pembinaan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu, dan
merumuskan peranan watak dalam menterjemahkan “wacana Taklif” dalam novel
Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan. Dalam usaha untuk merealisasikan
kedua-dua objektif ini, kajian ini memilih untuk menerapkan gagasan Persuratan Baru
cetusan Mohd. Affandi Hassan sebagai kerangka analisis. Pemilihan ini adalah
didasarkan kepada beberapa pertimbangan penting, yang antaranya ialah idea pokok
gagasan Persuratan Baru yang membezakan secara jelas antara “wacana” dengan
“cerita”. Dengan menerapkan gagasan Persuratan Baru sebagai kerangka analisis, kajian
ini merumuskan bahawa bentuk “cerita”, iaitu aspek watak memainkan peranan penting
dalam proses pembinaan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu. Dengan hasil
analisis serta rumusan ini, kajian ini diharap memberikan sumbangan yang bererti dalam
pengkajian novel Pujangga Melayu, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak
kajian-kajian ilmiah seterusnya yang meneliti aspek “wacana” dan “cerita” dalam persuratan Melayu. |
---|