Siaran Radio Sebagai Sumber Maklumat di Kalangan Masyarakat Melayu di Lembah Pantai

Siaran Berita Radio sebagai penyampai maklumat kepada khalayak sudah berakar dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, ledakan teknologi komunikasi yang berlaku pada alaf lepas telah memungkinkan peranan tersebut diambil alih oleh medium komunikasi lain yang jauh lebih canggih seperti Internet. Be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Saiful Nujaimi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9936/1/FBMK_2001_5_IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9936/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Siaran Berita Radio sebagai penyampai maklumat kepada khalayak sudah berakar dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, ledakan teknologi komunikasi yang berlaku pada alaf lepas telah memungkinkan peranan tersebut diambil alih oleh medium komunikasi lain yang jauh lebih canggih seperti Internet. Berpandukan perspektif itu, kajian ini telah dibentuk bagi menjawab beberapa persoalan iaitu (1) sejauh manakah relevannya radio kepada masyarakat Melayu bagi mendapatkan maklumat terkini sedangkan telah wujud pelbagai peralatan canggih yang jauh lebih efisien; (2) apakah persepsi masyarakat Melayu terhadap kerelevanan siaran radio dan siaran Berita Radio sebagai saluran penyampai maklumat; (3) apakah tujuan masyarakat Melayu mendengar siaran radio dan siaran Berita Radio; (4) berapa kerapkah radio dimanfaatkan oleh masyarakat Melayu untuk mendengar siaran Berita Radio? Objektif umum kajian ialah untuk mengetahui corak pendengaran siaran radio dan siaran Berita Radio masyarakat Melayu Lembah Pantai serta persepsi mereka tentang keberkesanan siaran radio sebagai penyebar maklumat. Andaian kajian dibentuk berasaskan pelbagai teori yang relevan iaitu Teori penggunaan dan pemuasan dan Teori fungsi-fungsi media, Populasi kajian ialah masyarakat Melayu di Lembah Pantai. Seramai 400 telah terpilih bagi kajian ini. Sampel itu kemudiannya dibahagi kepada lima kategori pekerjaan: kerajaan, swasta, sendiri, suri rumah, dan pelajar. Kategori-kategori tersebut dibentuk bagi mempastikan pandangan kesemua lapisan masyarakat Melayu di Lembah Pantai terhadap radio diperolehi. Bagi memperolehi data, kajian ini menggunakan "purposive sampling " setelah merujuk kepada Jabatan Perangkaan dan Statistik Negara, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang lokasi penduduk Melayu Bangsar dan Pantai Dalam. Hasil kajian menemui: (1) peningkatan kematangan pendengar komunikasi kontemporari dalam memilih medium yang sesuai dengan situasi kerja bagi mendapatkan maklumat; (2) perancangan program radio perlulah mengikut format pilihan semasa iaitu irifotainment; dan (3) perlunya kerjasama semua pihak dalam penyebaran maklumat, demi melahirkan masyarakat bermaklumat seiring era dunia tanpa sempadan. Tegasnya, format siaran radio dan siaran Berita Radio perlu sentiasa diolah agar radio sentiasa menjadi medium komunikasi yang relevan sepanjang zaman.