Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu

Eksploitasi merujuk kepada ujaran yang sengaja tidak mematuhi Maksim Prinsip Kerjasama (MPK) tetapi mematuhi Prinsip Kerjasama (PK). MPK membantu menghasilkan satu ujaran yang jelas dan dapat mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Namun, MPK ini dieksploitasi oleh penutur untuk menghasil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasan, Norhidayu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/1/FBMK%202022%205%20UPMIR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.99565
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.995652023-04-11T01:02:29Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/ Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu Hasan, Norhidayu Eksploitasi merujuk kepada ujaran yang sengaja tidak mematuhi Maksim Prinsip Kerjasama (MPK) tetapi mematuhi Prinsip Kerjasama (PK). MPK membantu menghasilkan satu ujaran yang jelas dan dapat mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Namun, MPK ini dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan ujaran yang perlu diinterpretasi maknanya melangkaui makna harfiah. Interpretasi pada peringkat harfiah atau semantik sahaja tidak akan menunjukkan makna sebenar penutur dan berisiko menyebabkan salah faham. Analisis dilakukan terhadap dialog filem Melayu berdasarkan tiga objektif iaitu mengenal pasti eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem, menganalisis perbualan masyarakat Melayu yang mengeksploitasi MPK menerusi filem menggunakan Teori Perbualan Grice dan Relevans dan menganalisis struktur perbualan secara langsung yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan Teori Perbualan Grice dan Teori Relevan dalam analisis data. Sebanyak 20 buah filem Melayu sekitar tahun 1950-an sehingga 1960-an dijadikan bahan kajian. Pemilihan 20 filem tersebut adalah kerana penggunaan implikatur secara meluas dalam dialog filem terpilih serta dialog terhasil daripada pemikiran, falsafah, estetika dan pegangan masyarakat Melayu. Analisis kajian mendapati bahawa eksploitasi MPK dikesan dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem terpilih. Sebanyak 981 ujaran dapat dikenal pasti sebagai eksploitasi MPK. Maksim Kualiti Prinsip Kerjasama (MKLPK) menunjukkan jumlah eksploitasi yang tertinggi iaitu sebanyak 603 ujaran. Kajian turut mendapati ujaran yang mengeksploitasi MPK ini dapat difahami dengan lebih tepat apabila pendengar menggunakan konteks andaian tentang dunia menerusi TPG dan perkaitan antara input dengan konteks seperti mana yang ditekankan dalam TR. Analisis eksploitasi MPK berdasarkan pendekatan pragmatik dilihat berwibawa menjelaskan makna sebenar implikatur yang tercetus. Selain itu juga, perbualan yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu juga memaparkan kepelbagaian struktur eksploitasi. Setiap struktur eksploitasi ini mempunyai ciri yang ketara dan berbeza untuk kesemua jenis MPK. Kepelbagaian struktur eksploitasi MPK ini dapat dilihat menerusi perkataan, frasa, atau ayat yang digunakan. Kajian ini membuktikan bahawa eksploitasi tidak menjejaskan proses penyampaian maklumat yang tepat dalam perbualan. Kehadiran eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem dapat memperlihatkan lagi ciri berbahasa masyarakat Melayu yang tidak memenuhi panduan asas perbualan tetapi dapat menghubungkan konsep kerjasama iaitu memberikan sumbangan yang berkesan dalam perbualan. 2021-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/1/FBMK%202022%205%20UPMIR.pdf Hasan, Norhidayu (2021) Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Maxims, Malayalam Dialogue in motion pictures
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Maxims, Malayalam
Dialogue in motion pictures
spellingShingle Maxims, Malayalam
Dialogue in motion pictures
Hasan, Norhidayu
Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu
description Eksploitasi merujuk kepada ujaran yang sengaja tidak mematuhi Maksim Prinsip Kerjasama (MPK) tetapi mematuhi Prinsip Kerjasama (PK). MPK membantu menghasilkan satu ujaran yang jelas dan dapat mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Namun, MPK ini dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan ujaran yang perlu diinterpretasi maknanya melangkaui makna harfiah. Interpretasi pada peringkat harfiah atau semantik sahaja tidak akan menunjukkan makna sebenar penutur dan berisiko menyebabkan salah faham. Analisis dilakukan terhadap dialog filem Melayu berdasarkan tiga objektif iaitu mengenal pasti eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem, menganalisis perbualan masyarakat Melayu yang mengeksploitasi MPK menerusi filem menggunakan Teori Perbualan Grice dan Relevans dan menganalisis struktur perbualan secara langsung yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan Teori Perbualan Grice dan Teori Relevan dalam analisis data. Sebanyak 20 buah filem Melayu sekitar tahun 1950-an sehingga 1960-an dijadikan bahan kajian. Pemilihan 20 filem tersebut adalah kerana penggunaan implikatur secara meluas dalam dialog filem terpilih serta dialog terhasil daripada pemikiran, falsafah, estetika dan pegangan masyarakat Melayu. Analisis kajian mendapati bahawa eksploitasi MPK dikesan dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem terpilih. Sebanyak 981 ujaran dapat dikenal pasti sebagai eksploitasi MPK. Maksim Kualiti Prinsip Kerjasama (MKLPK) menunjukkan jumlah eksploitasi yang tertinggi iaitu sebanyak 603 ujaran. Kajian turut mendapati ujaran yang mengeksploitasi MPK ini dapat difahami dengan lebih tepat apabila pendengar menggunakan konteks andaian tentang dunia menerusi TPG dan perkaitan antara input dengan konteks seperti mana yang ditekankan dalam TR. Analisis eksploitasi MPK berdasarkan pendekatan pragmatik dilihat berwibawa menjelaskan makna sebenar implikatur yang tercetus. Selain itu juga, perbualan yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu juga memaparkan kepelbagaian struktur eksploitasi. Setiap struktur eksploitasi ini mempunyai ciri yang ketara dan berbeza untuk kesemua jenis MPK. Kepelbagaian struktur eksploitasi MPK ini dapat dilihat menerusi perkataan, frasa, atau ayat yang digunakan. Kajian ini membuktikan bahawa eksploitasi tidak menjejaskan proses penyampaian maklumat yang tepat dalam perbualan. Kehadiran eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem dapat memperlihatkan lagi ciri berbahasa masyarakat Melayu yang tidak memenuhi panduan asas perbualan tetapi dapat menghubungkan konsep kerjasama iaitu memberikan sumbangan yang berkesan dalam perbualan.
format Thesis
author Hasan, Norhidayu
author_facet Hasan, Norhidayu
author_sort Hasan, Norhidayu
title Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu
title_short Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu
title_full Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu
title_fullStr Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu
title_full_unstemmed Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu
title_sort eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem melayu
publishDate 2021
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/1/FBMK%202022%205%20UPMIR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/
_version_ 1762963301192433664