Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia Dalam Bidang Pengajian Islam Yang Diindeks Di Scopus Dari Tahun 2010 – 2015

Satu kajian bibliometrik bagi menganalisa penulisan oleh ilmuan Malaysia dalam bidang pengajian Islam yang diindeks di pangkalan data Scopus telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti corak dan prestasi penerbitan tersebut untuk jangkamasa 6 tahun iaitu diantara tahun 2010 hi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharuddin, Noraziah, Karno, Md. Razib, Buntat, Yahya
Format: Working Paper
Language:other
Published: Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/12109
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: other
Description
Summary:Satu kajian bibliometrik bagi menganalisa penulisan oleh ilmuan Malaysia dalam bidang pengajian Islam yang diindeks di pangkalan data Scopus telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti corak dan prestasi penerbitan tersebut untuk jangkamasa 6 tahun iaitu diantara tahun 2010 hingga 2015. Analisa data telah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pangkalan data Scopus menggunakan afiliasi Malaysia. Dengan merujuk kepada Library of Congress Subjects Headings sebagai panduan, berbagai katakunci dalam skop pengajian Islam seperti Islam, Islamic, sharia, Sariah, Al Quran, Da’wah, dakwah, Muslim, Moslem, Sunnah, hadith, sanad, zakat, solat, halal, Allah, the prophet Muhammad, Sufism, zikr dan lain-lain lagi telah dikenalpasti dan digunakan sebagai katakunci pencarian di Scopus. Analisis data secara tabulasi silang (cross-tabulations) dan korelasi (correlations) serta kiraan matriks (matrix calculation) telah dijalankan dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Clementine 12.0. Hasil analisa mendapati untuk tempuh kajian tersebut, sejumlah 617 penerbitan oleh ilmuan Islam dari Malaysia dengan berbagai format dokumen seperti artikel, ulasan, prosiding dan kertaskerja persidangan telah dihasilkan. Jumlah ini menyumbang anggaran 5% dari keseluruhan 12,048 penerbitan dari berbagai kategori dalam bidang sains sosial yang dihasilkan untuk jangkamasa 6 tahun tersebut. Analisa ini juga menunjukkan 75% penerbitan ilmiah dalam bidang Islam dihasilkan di pelbagai judul jurnal, 10% di kertaskerja persidangan, 7% di bab dalam buku dan 6% dalam format monograf. Hasil dari kajian ini boleh dijadikan panduan mengenai corak penerbitan dalam bidang tersebut serta diharap dapat merangsang minat untuk meningkatkan penulisan dalam bidang tersebut agar standing dengan penerbitan dalam bidang lain diperingkat global. Dalam masa yang sama, kajian menggunakan kaedah bibliometrik seumpama ini boleh dijalankan oleh pustakawan dalam mempelbagaikan peranan mereka yang sekaligus dapat menyokong aktiviti penyelidikan di universiti.