Persepsi Mangsa Banjir Terhadap Pengurusan Pengagihan Sumbangan Bencana Banjir
Fenomena banjir menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar dan harta benda, bahkan kehilangan nyawa. Kejadian ini menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu, kerajaan, NGO dan pihak-pihak yang lain untuk membantu mangsa banjir. Bantuan kepada mangsa banjir diberika...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14039 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Islam Malaysia |
Summary: | Fenomena banjir menyebabkan berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar dan harta benda, bahkan kehilangan nyawa. Kejadian ini menarik perhatian pelbagai pihak sama ada individu, kerajaan, NGO dan pihak-pihak yang lain untuk membantu mangsa banjir. Bantuan kepada mangsa banjir diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan dan bantuan kelengkapan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan sebagainya. Namun terdapat beberapa kes yang melibatkan mangsa banjir tidak mendapat bantuan ataupun bantuan yang diperolehi tidak dapat melengkapi keperluan asas mereka. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat persepsi mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan bencana banjir. Artikel ini juga akan membincangkan faktor-faktor ketidakpuas hati mangsa banjir terhadap pengurusan pengagihan sumbangan. Hasil kajian mendapati sebahagian responden tidak berpuashati dengan pengurusan pengagihan sumbangan mangsa banjir dan faktor utama adalah disebabkan sumbangan tidak sampai kepada mangsa banjir. Implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak kerajaan atau NGO-NGO, individu yang terlibat dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir supaya meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sumbangan. Kajian lanjutan perlu dijalankan bagi menentukan kaedah yang terbaik dalam pengurusan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir di Malaysia. |
---|