Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia

Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mere...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azman , A.R, Irwan , M.S, Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Nuradli Ridzwan Shah , M.D, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Format:
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14095
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Description
Summary:Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia had tempoh panggilan mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti had tempoh mualaf yang ditetapkan oleh negeri-negeri di Malaysia seterusnya menganalisis dan mengenal pasti indeks pengukuran bagi penentuan had tempoh mualaf yang sesuai diaplikasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tiada keseragaman antara negeri di Malaysia dalam menentukan had tempoh mualaf. Justeru kajian mencadangkan had tempoh sehingga lapan (8) tahun sebagai indeks pengukuran kefahaman, pengukuhan dan kemantapan Islam seseorang mualaf dengan melihat kepada tempoh peralihan seseorang individu itu daripada umur mumayyiz sehingga baligh iaitu satu jangka masa pembelajaran dan pemahaman ilmu agama sebelum ditaklifkan tanggungjawab Islam sepenuhnya ke atas individu tersebut. Penentuan indeks pengukuran had tempoh mualaf di Malaysia penting bagi membezakan mualaf yang benar-benar memahami Islam seterusnya dapat membantu dari sudut keselarasan penyaluran skim bantuan agihan zakat bagi asnaf mualaf.