Modaliti Dakwah dalam Menentang Gejala Dadah di Kalangan Remaja dan Belia Tanah Rancangan Felda

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan remaja dan belia di tanah rancangan tanah felda. Di samping itu kajian ini juga meninjau tentang tahap aktiviti dakwah di kalangan masyarakat felda. Kajian ini adalah berbentuk participiant observation da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Naim Hj. Ahmad, Prof. Dr., Abdul Halim Mohd Hussin, Yuseri Ahmad, Mohd Azhar Ibrahim Resedi, Marina Munira Abdul Mutalib
Format: Research Report
Language:Burmese
Published: 2009
Online Access:http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/1499
http://hdl.handle.net/123456789/1499
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Burmese
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan remaja dan belia di tanah rancangan tanah felda. Di samping itu kajian ini juga meninjau tentang tahap aktiviti dakwah di kalangan masyarakat felda. Kajian ini adalah berbentuk participiant observation dan ia telah dijalankan di salah sebuah tanah rancangan felda di negeri Pahang selama dua bulan dengan menerangkan dan memperihalkan budaya sesebuah masyarakat yang kompleks. Hasil kajian mendapati bahawa memang terdapat masalah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di kalangan masyarakat tanah rancangan Felda. Di antara gejala sosial ini termasuklah pengangguran, melepak, merokok, ponteng sekolah, VCD lucah, pornografi dan sebagainya. Diantara punca berlakunya gejala sosial ini ialah kelesuan aktiviti dakwah, kelemahan institusi pentadbiran dan pengurusan, ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dan infrantruktur dengan aspek pembangunan insan, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya. Kajian ini mencadangkan supaya diwujudkan pusat ilmu dan dikendalikan oleh penggerak masyarakat di setiap tanah rancangan bagi membolehkan seseorang kebali kepada penghayatan agama yang kukuh sebagai satu usaha kepada penyelesaian masalah sosial dan penyalahgunaan dadah.