Kebolehbacaan Buku Teks Maharat Al-Qira’ah Berasaskan Ujian Kloz Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Buku teks merupakan salah satu bahan rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, bahasa Arab telah menjadi bahasa asing yang penting selepas bahasa Inggeris. Pencapaian bahasa Arab pelajar di negara ini masih di tahap lemah. Ant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aisyah Sjahrony, Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis 
Format:
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15469
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Description
Summary:Buku teks merupakan salah satu bahan rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Seiring dengan perkembangan semasa, bahasa Arab telah menjadi bahasa asing yang penting selepas bahasa Inggeris. Pencapaian bahasa Arab pelajar di negara ini masih di tahap lemah. Antara faktor dikaitkan dengan isu kelemahan bahasa Arab dalam kalangan pelajar adalah aras bahasa buku teks yang kurang sesuai dengan mereka. Oleh itu kajian ini bertujuan menentukan tahap kebolehbacaan buku teks Maharat al-Qira’ah yang dijadikan buku teks di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buku teks ini digunakan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda bagi subjek kemahiran bahasa Arab di universiti tersebut. Dalam mengukur tahap kebolehbacaan ujian Kloz dijalankan dalam kalangan pelajar dan melihat perbezaan skor ujian Kloz yang diperoleh dari aspek jantina pelajar, teks-teks bacaan yang diuji dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir semester. Bagi mencapai objektif tersebut, satu tinjauan berupa ujian melalui satu set ujian Kloz telah dijalankan ke atas 162 orang pelajar. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dekskriptif. Hasil ujian yang dijalankan mendapati skor purata ujian Kloz bagi buku teks Maharat al-Qira’ah adalah sebanyak 65% yang ditafsirkan masih berada pada tahap rendah, iaitu kurang sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Oleh itu pihak yang berwajib seharusnya mengambil kira tahap kebolehbacaan teks yang disediakan sebelum dijadikan bahan pembelajaran pelajar agar sesuai dengan tahap kemahiran bahasa pelajar tersebut. ABSTRACT Textbooks are one of the reference materials in the teaching of Arabic in Malaysia. In line with the current development, the Arabic language has become an important foreign language after English. Arabic language achievement of students in the country is still at a low level. Among the factors associated with the weakness issues of Arabic language proficiency among students is the suitability of the language level in the textbooks. The objective of this study was to determine the level of readability of a textbook, Maharat al-Qira’ah at the Faculty of Islamic Studies, National University of Malaysia. The respondents comprised of 162 students. Data was collected through cloze tests and questionnaires and later analyzed using descriptive analysis. The average score for cloze test of textbook Maharat al-Qira’ah is defined by 65%, which translates that the level still ​​remain at a low level and not appropriate for the purposes of teaching and learning. Therefore, the authorities should take into account the level of readability before any textbook is used as the learning resource so that it corresponds to the students’ level of language skills.