Pengintegrasian Sains Tauhidik: Persepsi Peserta

Kimia merupakan salah satu cabang ilmu sains yang telah lama dipelopori oleh ilmuwan Islam. Walau bagaimanapun, sekularisme telah menjadikan sains terpinggir dari Islam, apatah lagi merapatkan hubungan di antara manusia dan Pencipta. Seminar Sains Tauhidik telah diadakan untuk menghebahkan pengetahu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Hanifah, Sharina, Rahim, Faszly, H. Iksan, Zanaton, Wan Abdullah, Wan Nasyruddin, Rozi, Normazida, Mohammad Esa, Mohammad Faris, Ahmad, Ishak, Othaman, Rizafizah, Abd. Karim, Nurul Huda, Hassan, Nurul Izzaty, ohd. Khalid, Rozida M, Baharom@Abd. Aziz, Azizah
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/17452
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Kimia merupakan salah satu cabang ilmu sains yang telah lama dipelopori oleh ilmuwan Islam. Walau bagaimanapun, sekularisme telah menjadikan sains terpinggir dari Islam, apatah lagi merapatkan hubungan di antara manusia dan Pencipta. Seminar Sains Tauhidik telah diadakan untuk menghebahkan pengetahuan dan penemuan oleh penyelidik dari latar belakang sains dan pengajian Islam kepada pelajar dan pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik tentang pemahaman dan persepsi berkenaan penyepaduan sains dan Islam telah diagihkan kepada peserta selepas tamat seminar. Hasil kajian mendapati 93.8% responden meminati sains tetapi hanya 63.1% pernah didedahkan kepada pembelajaran berintegrasi sains dan Islam. Selain itu, 63.1% memahami maksud sekularisme dan 69.2% menyedari unsur kimia ada disebut di dalam al-Quran. Kajian ini juga menunjukkan bahawa lebih 90% responden bersetuju sains dan Islam dikaitkan dengan cara bersepadu. Kesimpulannya, integrasi sains dan Islam atau Sains Tauhidik memandu kita meneroka dan mempelajari tentang alam ini melalui aktiviti sains berlandaskan Islam berpandukan al-Quran dan hadis. Oleh itu, usaha-usaha yang lebih proaktif dan holistik perlu dilakukan untuk mendidik dan mengukuhkan kefahaman Sains Tauhidik kepada pelajar seawal di sekolah rendah lagi. Chemistry is a branch of science pioneered by Muslim scholars. However, secularism has separated science from Islamic teachings, thus deviating man from Allah. Tauhidic Science Seminar was held to disseminate knowledge and findings between researchers from science background and Islamic study to students and lecturers in the Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia. Questionaires were distributed to the participants after the seminar to obtain their understanding and perception of integrating science and Islam. Results indicate that 93.8% from 65 respondents have high affinity to science but only 63.1% were exposed to integration of science and Islam. Furthermore, 63.1% respondents understand the meaning of secularism and 69.2% realized that chemical elements have been mentioned in the Holy Quran. This study also indicates more than 90% respondents agree science and Islam are linked in an integrated manner. In conclusion, integration of science and Islam or Tauhidic Science drives us to explore and learn about nature through science activities based on Islam with guidance by the Holy Quran and hadith. Therefore, more proactive and holistic efforts need to be done to educate and strengthen the understanding of Tauhidic Science to students as early as in primary schools.