القيادة السياسية المعاصرة من المنظور الإسلامي دكتور محاضير محمد أنموذجا

Abstrak Kajian ini membincangkan tentang isu kepimpinan politik kontemporari menurut perspektif islam: Ketokohan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed. YAB Tun Dr Mahathir Mohamed adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, salah seorang tokoh kepimpinan yang paling terkemuka di dunia Islam kon...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anwer Mohamed Abi Janah
Format: Thesis
Language:Arabic
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/17665
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Arabic
Description
Summary:Abstrak Kajian ini membincangkan tentang isu kepimpinan politik kontemporari menurut perspektif islam: Ketokohan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed. YAB Tun Dr Mahathir Mohamed adalah mantan Perdana Menteri Malaysia, salah seorang tokoh kepimpinan yang paling terkemuka di dunia Islam kontemporari, menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1981 sehingga tahun 2003 dan telah menempa kecemerlangan dan kebanggaan sepanjang tempoh perkhidmatan di peringkat negara, Asia Tenggara malah antarabangsa dalam sektor ekonomi, politik dan sosial. Walaupun keadaan ekonomi dan politik yang telah terjejas rantau ini disokong pula dengan tentangan parti politik pembangkang selaku sebuah Parti Islam di Malaysia dan beberapa pihak pembangkang lain tetapi beliau mampu dengan jayanya untuk menerajui negara kepada keamanan setelah melalui peringkat paling sukar dalam kemelut krisis ekonomi tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep kepimpinan dan komponennya dari sudut politik, kemanusiaan dan kemahiran. Kajian ini juga bertujuan untuk menerangkan ciri-ciri utama kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed dan faktor-faktor yang membantu beliau dalam membentuk keperibadian dan kepimpinan belian di samping kajian ini berusaha menjawab persoalan sejauh manakah kesan pendekatan dan ajaran Islam dalam membina keperibadian Tun Dr Mahathir Mohamed semasa kepimpinan beliau Malaysia. Kajian ini menggunakan metod sejarah dan analisis data dan perumusan secara deduktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa bahawa Islam amat prihatin tentang aspek kepimpinan di segenap peringkat sama ada di peringkat komuniti, keluarga mahupun individu. Kajian ini mendapati bahawa kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed tersebut telah menepati kebanyakan ciri-ciri kepemimpinan Islam malah ciri-ciri pemimpin secara umum. Walaupun beliau telah menempa kejayaan yang cemerlang di peringkat negara dan antarabangsa namun beliau tidak sunyi daripada menerima kritikan-kritikan dari dalam mahu pun luar negara. Kajian ini mencadangkan suatu kajian perlu dibuat berkisar idea-idea Tun Dr Mahathir Mohamed dari sudut politik dan ekonomi serta strategi beliau dalam mengatasi krisis politik dan ekonomi yang dialami oleh Malaysia sepanjang kepimpinannya dengan diterjemahkan bahan ilmiah tersebut ke dalam Bahasa Arab agar dapat memberi faedah kepada segenap masyarakat di peringkat domestik mahu pun antarabangsa. Abstract This study examined the contemporary political leadership of Tun Dr Mahathir Mohamed according to the Islamic perspective. Tun became the fourth Prime Minister of Malaysia from year 1981 to 2003 and was one of the most prominent leaders in the Islamic world. During his tenure of leadership, Malaysia gained various political, economical and social recognitions in the region, as well as in the international arena. Inspite of the economic and political crisis in the region, Tun was able to maintain his premiership even with strong resistance from the opposition parties. Indeed Tun has managed to steer the country out of the most difficult economic turmoil faced by the region. Additionally, this research also studied Tun’s concept of leadership and the various components formed from political, humanity and competencies point of view, in which that it emphasized on the principal factors of YAB Tun Dr Mahathir’s leadership and personality. This study attempted to discover the implications of Islamic teachings in Tun’s personality during his premiership. The methodology of this study was based on the deduction and analysis of historical data. The study found that the the concept of leadership in Islam, apparently covers every aspects of social segments, be it in community, family and individual that have be portrayed by Tun Dr Mahathir in his leadership. Although he attained recognitions and excelled domestically and internationally, yet he continued receive criticisms within and from the outside of the country. In conclusion, the study proposed that an in-depth research shall be performed on Tun’s political and economical philosophies, as well as his strategies in resolving Malaysia’s political and economic crisis. Hence, the research to be translated into Arabic for the benefits of the society.