Laporan Penyelidikan Perbandingan Aras B-Type Natriuretic Peptide Antara Kumpulan Pesakit Hipertensi Primer dengan Kegagalan Jantung Kongestif dan Pesakit dengan Keabnormalan Dialostik Tanpa Kegagalan Jantung
Brain natriuretic peptide (BNP), sejenis hormon peptida yang dirembeskan oleh miosit ventrikel, mempunyai fungsi utama dalam homeostasis isipadu cecair tubuh. Kajian ini memfokuskan dalam menentukan aras BNP dalam pesakit hipertensi primer dengan komplikasi jantung yang berbeza. Tujuan utama kaj...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Research Report |
Language: | Burmese |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/4189 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Islam Malaysia |
Language: | Burmese |
Summary: | Brain natriuretic peptide (BNP), sejenis hormon peptida yang dirembeskan
oleh miosit ventrikel, mempunyai fungsi utama dalam homeostasis isipadu
cecair tubuh. Kajian ini memfokuskan dalam menentukan aras BNP dalam
pesakit hipertensi primer dengan komplikasi jantung yang berbeza. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk menentukan aras BNP plasma dalam pesakit
hipertensi primer yang mempunyai keabnorrnalan fungsi diastolik,
menentukan aras BNP plasma dalam pesakit hipertensi primer dengan
kegagalan jantung kongestif seterusnya menentukan korelasi antara aras
BNP dengan fraksi ejeksi. Kajian ini menggunakan 86 subjek yang terdiri
daripada pesakit hipertensi primer. Di kalangan pesakit hipertensi primer, 36
orang tiada mengalami komplikasi dan 50 orang pesakit hipertensi primer
dengan disfungsi diastolik atau sistolik ventrikel kiri yang didiagnosis
menggunakan ekokardiografi. Aras BNP plasma ditentukan dengan
menggunakan kit diagnostik TRIAGE yang mengaplikasikan teknik
immuniasai enzim. Hasil daripada analisa kajian ini mendapati subjek
hipertensi primer dengan komplikasi mempunyai aras BNP yang lebih tinggi
berbanding dengan subjek tanpa komplikasi (p<0.05). Aras 42.8 pglml
(sensitiviti 60% dan spesifisiti 93%) telah dikenalpasti sebagai titik pemisah
untuk mengesan kehadiran disfungsi diastolik ( kawasan bawah lengkuk ROC
adalah 0.95; 95% CI: 0.80 - 0.98). Kesimpulannya, kajian ini telah
menunjukkan BNP plasma boleh digunakan sebagai penanda bagi
menentukan kehadiran disfungsi diastolik dalam pesakit hipertensi.
Seterusnya BNP sesuai untuk dimasukkan sebagai penanda biologi bagi
menyaring keadaan jantung seseorang seterusnya mendiskriminasi
seseorang yang perlu dilakukan ujian ekokardiografi segera atau sebaliknya. |
---|