Kaedah Pengajaran Jawi EAA 2013: Program Pensiswazahan Guru

ISI KANDUNGAN KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 9 tajuk. Kandungan keseluruhan kursus adalah seperti berikut: UNIT 1: PENGENALAN KEPADA TULlSAN JAW1 Unit satu mengandungi penerangan sepintas lalu tentang sejarah mula bertapaknya tulisan jawi di Nusantara, di Tanah Melayu dan seterusnya perkemban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Azizi Ismail, Dr., Noorhayati Hashim, Dr.
Format: Book
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/5380
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Burmese
Description
Summary:ISI KANDUNGAN KURSUS Kursus ini terbahagi kepada 9 tajuk. Kandungan keseluruhan kursus adalah seperti berikut: UNIT 1: PENGENALAN KEPADA TULlSAN JAW1 Unit satu mengandungi penerangan sepintas lalu tentang sejarah mula bertapaknya tulisan jawi di Nusantara, di Tanah Melayu dan seterusnya perkembangan tulisan jawi di Malaysia pada hari ini. UNIT 2: SISTEM EJAAN JAWI Unit dua mengandungi pengenalan kepada huruf-huruf jawi clan kemahiran berkaitan dengan huruf-huruf tersebut yang melibatkan titik huruf, bentuk huruf dan sambungan huruf. Seterusnya diperkenalkan sistem ejaan jawi terkini yang diguna pakai secara khusus dan melibatkan perbincangan berkaitan membentuk suku kata terbuka dan suku kata tertutup. UNIT 3: KHAT JAWI Unit tiga mengandungi pengenalan kepada cara menulis huruf-huruf jawi yang dikategorikan mengikut bentuk asas huruf yang mempunyai persamaan atau hampir-harnpir sama. Seterusnya diikuti dengan penulisan bentuk-bentuk huruf yang pelbagai dan cara membentuk perkataan menggunakan khat jawi. UNIT 4: MAKSUD DAN MATLAMAT PENDIDIKAN Unit empat membicarakan mengenai maksud pendidikan, matlamat pendidikan serta matlamat pendidikan di Malaysia. UNIT 5: PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN JAWI Unit lima membincangkan mengenai pendekatan dan strategi pengajaran jawi. Pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran jawi ialah pendekatan berpusatkan guru serta pendekatan berpusatkan murid, pendekatan konstruktif, pendekatan induktif, deduktif serta pendekatan masteri. UNIT 6: KAEDAH PENGAJARAN JAW Unit 6 mengandungi tajuk kaedah pengajaran jawi. Antara kaedah pengajaran jawi yang sesuai untuk digunakan ialah kaedah syarahan, kaedah perbincangan, kaedah tunjuk cara serta kaedah lawatan. UNIT 7: P&P JAWI YANG BERKESAN Unit tujuh mengandungi tajuk pengajaran dan pembelajaran jawi yang berkesan. Perkara penting bagi menjadikan pengajaran jawi yang berkesan ialah pemilihan objektif pengajaran serta pemilihan strategi dan kedah pengajaran yang sesuai. Alat bantu mengajar juga menjadi komponen penting dalam pengajaran jawi. Elemen lain yang juga penting dalam menjayakan P&P jawi yang berkesan ialah pengajaran guru serta pengurusan kelas yang berkesan. UNIT 8: PEMULIHAN DAN PENGAYAAN JAWI Unit 8 membincangkan mengenai pemulihan dan pengayaan bagi pelajar-pelajar yang tidak mampu menguasai penulisan dan pembacaan jawi. Unit ini membincangkan mengenai definisi pemulihan dan pengayaan, objektif pemulihan dm pengayaan jawi, strategi pemulihan dan pengayaan jawi serta aktiviti-aktivi yang sesuai untuk pemulihan dan pengayaan pelajar yang lemah jawi. UNIT 9: PENGAJARAN JAWI DALAM PROGRAM J-QAF Unit 9 membincangkan mengenai bentuk-bentuk serta kaedah pengajaran yang dicadangkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan J-QAF. Antara cara yang dicadangkan oleh BPI ialah melalui permainan dan nyayian.