Kepatuhan Membayar Zakat: Analisa Bocoran Dalam Kutipan Zakat Fitrah

Zakat merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak. Antara jenis zakat yang berkait rapat dengan setiap individu muslim adalah zakat fitrah atau zakat badan. Ia merupakan zakat yang dilaksanakan bagi memenuhi tu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fidlizan Muhammad, Mohg Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang, Abdul Majid Tahir Mohamed
Format: Article
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9057
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Burmese
Description
Summary:Zakat merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu Muslim yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak. Antara jenis zakat yang berkait rapat dengan setiap individu muslim adalah zakat fitrah atau zakat badan. Ia merupakan zakat yang dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan puasa di bulan Ramadhan. Berikutan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis bilangan pembayar zakat yang memenuhi tuntutan ini berdasarkan saluran pembayaran formal. Dengan menggunakan data jumlah kutipan zakat fitrah, kadar zakat fitrah dan bilangan penduduk beragama Islam di Malaysia, dapatan kajian menunjukkan jumlah kutipan adalah meningkat dari tahun ke tahun. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama bilangan pembayar yang tidak menggunakan saluran formal ini juga menunjukkan jumlah yang tinggi. Hasil ini jelas menunjukkan bahawa, kerangka institusi zakat perlu kepada penambahbaikan berterusan melibatkan sistem pengurusan, kutipan dan agihan, bahkan memerlukan lebih kuasa dari sudut undang-­undang bagi mempertingkatkan penguatkuasaan.