Peranan Wakaf Dalam Penjagaan Kesihatan Dan Perubatan Dari Perspektif Responden: Kajian Kes Di Hospital An-Nur

Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan. Wakaf mempunyai peranan besar dalam membantu pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed @ Haji Daud, Norizah, Ab Rahman, Asmak
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9892
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Burmese
Description
Summary:Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan. Wakaf mempunyai peranan besar dalam membantu pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Ini jelas dapat dilihat ketika zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu. Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Hospital Waqaf An-Nur, model hospital wakaf pertama di Malaysia kepada masyarakat setempat dalam mengimplimentasikan konsep wakaf. Objektif penubuhan hospital wakaf ini adalah untuk memberi dan menyediakan kemudahan rawatan penjagaan kesihatan dan perubatan dengan harga yang mempu dibiayai oleh masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira bangsa dan agama. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan peranan yang dimainkan hospital wakaf ini dengan menemubual para pesakit yang menerima rawatan di HWAN dan Pengurus Operasi HWAN. Data daripada temubual tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan tema-tema yang berkaitan. Antara tema tersebut adalah berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan, bayaran, faktor pemilihan hospital, pandangan terhadap hospital wakaf dan lain-lain. Kesihatan adalah satu keperluan kepada semua, namun bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah kesihatan menjadi suatu perkara yang sangat mahal. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa, peranan wakaf dalam penjagaan kesihatan dan perubatan di HWAN kepada masyarakat setempat dapat dilihat dengan mengenakan bayaran yang rendah kepada masyarakat dalam mendapatkan rawatan terbaik. Selain itu wakaf menjadi satu alternatif bagi membantu meringankan beban kerajaan dan masyarakat dalam aspek penjagaan kesihatan dan perubatan.