Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dan Aplikasi Teknologi Dalam Pengajaran Al-Quran Dan Al-Sunnah

Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan teknologi akan meningkatkan kadar pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Kemajuan aplikasi teknologi dalam bidang pendidikan juga telah meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pelajar. Islam sebagai sebuah agama universal yang menjadi pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Hassan, Syed Najihuddin bin, Ismail, Mohd Yusuf bin, Zakaria, Nidzamuddin bin
Format: Article
Language:Burmese
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9958
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Burmese
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan teknologi akan meningkatkan kadar pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Kemajuan aplikasi teknologi dalam bidang pendidikan juga telah meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pelajar. Islam sebagai sebuah agama universal yang menjadi pegangan hidup setiap Muslim tidak melarang sama sekali pengaplikasian kaedah serta pendekatan baru yang digunakan, bahkan Islam amat menggalakkan umatnya supaya menggunakan apa jua cara yang termampu bagi membantu proses penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat. Justeru, kertas kerja ini akan menyingkap aspek hidup Rasulullah S.A.W sebagai model pendidik yang ulung dan contoh teladan. Di samping itu, kajian ini juga meneliti bagaimana Baginda  memanfaatkan teknologi semasa yang wujud pada zaman Baginda dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi sahabat. Seterusnya, kertas kerja ini juga akan menyenaraikan beberapa teknologi semasa yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Adalah dijangkakan agar kajian ini mampu menjadi pemangkin kepada para pendidik Muslim dalam memanfaatkan lagi teknologi dan aplikasi semasa dalam penyampaian mereka serta membuka ruang kepada mereka untuk mengenali aplikasi semasa yang berfaedah dalam pengajaran al-Quran dan al-Sunnah.