Penilaian Akses Makanan Dan Penentu Perbelanjaan Ke Atas Makanan Dalam Kalangan Petani Padi Di Kawasan Pengairan Muda
Keselamatan makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal, sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan dan nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat dan aktif. Akses makanan merujuk kepada keupayaan isi rumah memperolehi sumber atau hak untuk mendapat...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
National Geographical Association of Malaysia
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/30424/1/PENILAIAN_AKSES_MAKANAN_DAN_PENENTU_PERBELANJAAN_KE_ATAS_MAKANAN_DALAM_KALANGAN_PETANI_PADI_DI_KAWASAN_PENGAIRAN_MUDA.pdf http://eprints.usm.my/30424/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keselamatan makanan wujud apabila setiap individu, pada setiap masa, sama ada secara fizikal,
sosial dan ekonomi mencapai kecukupan makanan dan nutrisi yang diperlukan untuk kehidupan yang sihat
dan aktif. Akses makanan merujuk kepada keupayaan isi rumah memperolehi sumber atau hak untuk
mendapatkan makanan yang sesuai bagi menampung keperluan diet mereka. Di kebanyakan negara
membangun, golongan isi rumah yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan,
sering dikaitkan dengan masalah keselamatan makanan. Insiden ini berlaku kerana golongan ini mempunyai
kelemahan dalam pelbagai aspek modal atau aset bagi memenuhi keperluan pemakanan mereka. Untuk
meninjau perihal ini, satu penilaian akses makanan di kalangan 225 isi rumah luar bandar di kawasan
pengairan Muda, Kedah telah dijalankan. Hasil kajian mendapati kedai runcit, pasar dan pasar malam atau
pasar tani menjadi akses utama bagi petani padi di kawasan Muda untuk mendapatkan barang makanan
berbanding pasar raya dan pasar mini. Manakala analisa penentu perbelanjaan berdasarkan analisis regresi
double log pula mendapati bahawa faktor pendapatan, pekerjaan sampingan, jarak ke tempat mendapat
makanan, amalan berkebun dan pembelian makanan yang telah siap dimasak mempunyai hubungan yang
signifikan ke atas penentuan perbelanjaan makanan. Bagi meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya
memperbaiki kuasa beli mereka, kajian ini mengemukakan beberapa langkah strategik boleh diambil
khususnya oleh pihak kerajaan. |
---|