Pembinaan Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran (Ikbar) Bagi Pelajar Politeknik Menggunakan Model Rasch

Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran (IKBAR) dalam kalangan pelajar politeknik menggunakan Model Rasch. Kajian turut mengkaji hubungan antara Kecerdasan Menghadapi Cabaran (AQ) dengan Kecerdasan Intelek (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Spiritual (SQ) dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Matore, Mohd Effendi @ Ewan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31935/1/Mohd_Effendi_Ewan.pdf
http://eprints.usm.my/31935/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran (IKBAR) dalam kalangan pelajar politeknik menggunakan Model Rasch. Kajian turut mengkaji hubungan antara Kecerdasan Menghadapi Cabaran (AQ) dengan Kecerdasan Intelek (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Spiritual (SQ) dan pencapaian akademik. Model CORE digunakan dalam kajian ini dengan menekankan empat konstruk penting dalam AQ iaitu Kawalan, Kepunyaan, Jangkauan dan Ketahanan. Seramai 1,845 orang pelajar daripada lima buah politeknik di Malaysia telah dipilih melalui teknik pensampelan berkelompok pelbagai tahap berstrata berkadaran. Pengujian item – item dilakukan sebanyak dua pusingan dengan dianalisis menggunakan perisian WINSTEPS 3.71. Dapatan menunjukkan sebanyak 66 item IKBAR telah memenuhi semua andaian pada Model Rasch. Variabel AQ menunjukkan hubungan positif yang sederhana dan signifikan dengan variabel EQ dan SQ berbanding tiada hubungan positif yang signifikan dengan variabel IQ. Sebaliknya, AQ didapati mempunyai hubungan positif yang sangat lemah dan signifikan dengan pencapaian akademik. Justeru, kajian ini menyumbang kepada instrumen IKBAR yang boleh digunakan oleh institusi politeknik untuk mengenal pasti pelajar yang lemah daripada aspek AQ bagi tujuan bimbingan dan pengukuhan diri pelajar. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada pelajar untuk melaksanakan penilaian secara kendiri dan sesama rakan sebaya berdasarkan kepada item – item pengukuran AQ yang telah dibina dalam konteks politeknik di Malaysia. This study aimed at developing an Instrument of Adversity Quotient (IKBAR) among polytechnic students using a Rasch Model. This study also investigated the relationship between Adversity Quotient (AQ) with Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Spiritual Quotient (SQ), and academic achievement. CORE model was used in this study by emphasising the four important constructs in AQ, namely Control, Ownership, Reach, and Endurance. A total of 1,845 students from five Malaysian polytechnics were selected using a proportionate stratified multistage cluster sampling. The items were tested twice and analysed using WINSTEPS 3.71 software. The findings revealed that 66 items met all the assumptions of the Rasch Model. The AQ variable showed a significantly moderate positive relationship with EQ and SQ variables, while there was no significantly positive relationship with IQ variable. Instead, the AQ was found to have a significantly weak positive relationship with the academic achievement. Hence, this study contributed in terms of the IKBAR instrument that could be used by polytechnic institutions to identify those students who are weak in their AQ to guide and improve themselves. In terms of implication of this study, it opened the room for the students to perform self – assessment for themselves and for their colleagues based on the AQ measurement items developed using the Malaysian polytechnics context.