Kajian Kesepadanan Ukuran Kerusi Dan Meja Belajar Dengan Antropometrik Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia.

Dalam menjalani aktiviti pembelajaran seharian, pelajar sekolah lebih menghabiskan masa mereka di kerusi dan meja belajar. Pelajar menghabiskan waktu pembelajaran selama 6–7 jam iaitu 80% dan masa yang dihabiskan oleh pelajar itu adalah dengan menggunakan kerusi dan meja belajar disekolah untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nabi Khan, Norizzah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32233/1/NORIZZAH_NABI_KHAN_24%28NN%29.pdf
http://eprints.usm.my/32233/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dalam menjalani aktiviti pembelajaran seharian, pelajar sekolah lebih menghabiskan masa mereka di kerusi dan meja belajar. Pelajar menghabiskan waktu pembelajaran selama 6–7 jam iaitu 80% dan masa yang dihabiskan oleh pelajar itu adalah dengan menggunakan kerusi dan meja belajar disekolah untuk menjalani aktiviti pembelajaran mereka seperti membaca, menulis, mengira, melukis, makan, minum dan sebagainya. Mengikut kajian, penggunaan kerusi dalam tempoh yang panjang serta dengan posisi postur yang salah boleh mendatangkan beberapa masalah terhadap diri pelajar tersebut. Antaranya adalah punca masalah dalam meningkatkan sumber daya pelajar yang berkualiti akan berkurang kerana pelajar akan berasa terganggu, letih serta hilang tumpuan dalam pembelajaran sekiranya penggunaan mereka terhadap kerusi dan meja belajar yang tidak selesa. Ketidakserasian tersebut juga boleh mengakibatkan risiko pada diri pelajar seperti mengalami trauma kesakitan MSD – Musculaskeletal Disorder. Trauma kesakitan ini kebiasaanya berpunca bermula dari peringkat awal bergantung dengan cara penggunaan pelajar terhadap kerusi dan meja belajar. Sekiranya kerusi dan meja belajar yang tidak sesuai dengan ukuran badan pelajar, ia boleh mengakibatkan pelajar mengalami kesukaran dalam penumpuan terhadap pembelajaran dan juga trauma kesakitan dalam jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, keselesaan pelajar terhadap penggunaan kerusi dan meja belajar memainkan peranan yang penting bagi membantu proses pembelajaran mereka dengan lebih efektif. Proses kajian yang dijalankan bagi mencapai tahap keselesaan dan kesan yang efektif dalam reka bentuk kerusi dan meja belajar adalah melalui ukuran perabot tersebut dengan postur dan saiz badan pelajar dengan menggunakan kaedah antropometrik (ukuran saiz tubuh dan bentuk fizikal pelajar). Penggunaan kaedah ini dapat membantu meminimumkan permasalahan serta risiko ergonomik yang boleh dialami oleh pelajar sama ada pada masa sekarang atau impak pada masa akan datang. In daily activities of learning, 80% of the time spend by a student is by sitting on the chair and using desk, which makes 6-7 hours in a day. Sitting on a chair for long period can cause some problems to the student, which will eventually decrease the uncomfortable and incompatibility issues. On the other hand if the chair and desk provided to the student is uncomfortable then the student will feel distracted and lose focus on learning and also have a high risk of developing trauma pain MSD - Musculoskeletal Disorder. Trauma pain is usually stems from an early stage and depends on the quality and use of the chair and desk by the student. The convenience and compatibility in the design of chair and desk with student play an important role in assisting student learning process more effectively. The main aim of the study is to improve the compatibility of chairs and desks using by primary school students. Thus, the corresponding study design of chairs and desks were done through the furniture size, body size and posture using anthropometric methods. The use of these methods can help to minimize the risk of ergonomic problems experienced by students in the present and also have a great impact in the future. This study emphasizes on the planning and development of design chairs and desks that are appropriate to the anthropometric (size and shape of the physical size of the student body) and to produce the guidelines in the design of chairs and desks that are more ergonomic, practical and of good quality.