Tinjauan Persepsi Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Ibadah Sebagai Satu Keperluan Bagi Masyarakat Muslim Awam Di Malaysia (A Perception Survey On Arabic Language Learning For Worship Purpose As A Requirement For Public Muslim Society In Malaysia)
Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ia dipilih untuk menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam. AlQuran dan hadis yang merupakan panduan utama umat Islam disampaikan kepada mereka dalam bahasa Arab. Selain itu, kesemua amal ibadah umat Islam ti...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/34766/1/APJEE_30_Art_4_%2851-72%29.pdf http://eprints.usm.my/34766/ http://apjee.usm.my/APJEE_30_2015/APJEE%2030%20Art%204%20(51-72).pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa
dalam Islam. Ia dipilih untuk menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam. AlQuran dan hadis yang merupakan panduan utama umat Islam disampaikan kepada mereka
dalam bahasa Arab. Selain itu, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada
penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah
SWT khususnya yang melibatkan ibadah seperti solat dan haji. Hal ini menjadikan bahasa
Arab amat sinonim dengan Islam dan umatnya. Kepentingan bahasa ini dalam kehidupan
setiap muslim menjelaskan keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.
Selain itu, kepelbagaian bangsa dan bahasa umat Islam di seluruh dunia menjadi asas
utama perlunya usaha mempelajari bahasa Arab khususnya bagi tujuan ibadah. Oleh itu,
dapat difahami bahawa pembelajaran bahasa Arab oleh setiap individu muslim bukan
merupakan satu pilihan tetapi satu keperluan. Artikel ini dihasilkan dengan tujuan untuk
meninjau persepsi berkaitan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan masyarakat
muslim awam di Malaysia. Kajian dijalankan melalui soal selidik yang dimuat naik
dalam laman sosial Facebook® melibatkan sejumlah 616 responden di seluruh Malaysia.
Sasaran utama bagi kajian ini ialah masyarakat muslim awam daripada pelbagai latar
belakang pendidikan. Hasil kajian menunjukkan majoriti masyarakat awam mengiktiraf
kepentingan pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat muslim khususnya bagi
memahami bacaan-bacaan asas dalam ibadah. Selain itu, pelbagai cadangan turut
dikemukakan oleh responden bagi meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Arab.
Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, satu rumusan cadangan modul pembelajaran
bahasa Arab untuk tujuan ibadah telah dicadangkan bagi membantu masyarakat awam
mempelajari bahasa ini berdasarkan cadangan responden. |
---|