Seni Mengikat Tengkolok Warisan Perak Darulridzuan

Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk mendokumentasikan proses teknik lipatan tengkolok warisan Melayu. Tengkolok merupakan salah satu hiasan atau penutup kepala lelaki Melayu yang unik serta mempunyai identiti tersendiri.Seni mengikat tengkolok ini mencerminkan ketinggian ilmu serta kre...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Manan, Salina, Haron, Hamdzun, Ramli, Zuliskandar, Ismail, Noor Hafiza, Majid, Norasid
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/38785/1/FULL_PAPER_044_.pdf
http://eprints.usm.my/38785/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah untuk mendokumentasikan proses teknik lipatan tengkolok warisan Melayu. Tengkolok merupakan salah satu hiasan atau penutup kepala lelaki Melayu yang unik serta mempunyai identiti tersendiri.Seni mengikat tengkolok ini mencerminkan ketinggian ilmu serta kreativiti orang Melayu zaman dahulu dalam mereka bentuk sesebuah tengkolok. Bagi menjelaskan proses teknik lipatan tengkolok ini, pendekatan kebudayaan secara kualitatif digunakan. Data secara bertulis atau visual dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Hasil penelitian mendapati bahawa proses teknik lipatan tengkolok ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah teknik lipatan asas, bahagian kedua adalah simpul dan bahagian ketiga adalah solek (reka bentuk). Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai teknik lipatan tengkolok Ayam Patah Kepak dari Perak Darul Ridzuan. Pendokumentasian teknik lipatan tengkolok ini merupakan salah satu cara bagi menghargai hasil seni warisan Melayu agar terpelihara dan diwarisi dari zaman ke zaman. Di samping itu kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada para penyelidik terutama dalam warisan pakaian Melayu dan generasi muda pada masa kini serta akan datang