Politik rentas kaum di Malaysia: Bersediakan kita?
Persekitaran politik di Malaysia sering ditandai dengan isu perkauman atau dengan kata lain pihak-pihak atau parti-parti politik sering menggunakan isu berteraskan kaum sebagai medan untuk mereka mendapatkan sokongan. Namun sejak kebelakangan ini dilihat terdapat sedikit perubahan bilamana terdap...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
School of Social Sciences, USM
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/39228/1/ART_12.pdf http://eprints.usm.my/39228/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Persekitaran politik di Malaysia sering ditandai dengan isu perkauman atau dengan kata lain
pihak-pihak atau parti-parti politik sering menggunakan isu berteraskan kaum sebagai medan
untuk mereka mendapatkan sokongan. Namun sejak kebelakangan ini dilihat terdapat sedikit
perubahan bilamana terdapat rakyat terutamanya golongan kelas menengah mula menolak isu
perkauman dalam menentukan pilihan politik mereka. Namun dalam masa yang sama juga dapat
dilihat pada kawasan-kawasan tertentu percaturan politik masih lagi terikat kuat dengan isu
berteraskan kaum yang dibawa oleh sesuatu parti politik. Justeru itu adalah menjadi tujuan
penulisan artikel ini untuk menganalisis sejauh mana isu yang berteraskan kaum yang dibawa
oleh parti-parti politik memainkan peranan penting dalam menyumbang kemenangan mereka.
Kajian aktikel ini akan melihat berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang
mana menyaksikan keputusan yang agak signifikan dalam politik Malaysia. Bagi pihak
pembangkang mereka mengatakan bahawa keputusan PRU-13 adalah menunjukkan bahawa
rakyat di Malaysia pada hari ini telah menolak politik yang berteraskan kepada kaum sebaliknya
memilih politik yang mengutamakan isu-isu sejagat seperti demokrasi, keadilan sosial, ekonomi
dan sebagainya. Sebaliknya bagi pihak Barisan Nasional mereka melihat keputusan PRU-13
yang lepas adalah suatu bentuk “tsunami cina” yang menunjukkan penolakkan secara besarbesaran
kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
dengan melakukan kajian perpustakaan dan menemubual pemimpin-pemimpin politik daripada
pihak kerajaan dan pembangkang. Hasil kajian tersebut telah dirumuskan bagi menjawab situasi
politik rentas kaum di Malaysia pada hari ini. Dari apa yang diperhatikan isu kaum masih lagi
memainkan peranan penting dalam percaturan politik Malaysia. Parti-parti politik tidak boleh
mengelak dari mengambil kira isu berkenaan kaum dalam memutuskan tindakan politik mereka |
---|