Al-Samaʻ Menurut Perspektif Ibn Arabi Dalam Nasyid Kontemporari: Satu Analisis Konseptual

Irama adalah cerminan rasa dan emosi yang dilalui oleh manusia. Bagi mendalami rasa yang disampaikan, individu perlu mengaplikasikan deria pendengarannya secara maksimum. Pendengaran atau al-Samaʻ bagi seseorang individu dengan individu lain adalah berbeza lantaran perspektif masing-masing terhad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Parman, Mazlina, Shahri, Mohd Hidris, Marni, Nurazmallail
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39255/1/ART_16.pdf
http://eprints.usm.my/39255/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Irama adalah cerminan rasa dan emosi yang dilalui oleh manusia. Bagi mendalami rasa yang disampaikan, individu perlu mengaplikasikan deria pendengarannya secara maksimum. Pendengaran atau al-Samaʻ bagi seseorang individu dengan individu lain adalah berbeza lantaran perspektif masing-masing terhadap lirik dan lagu yang didengar juga berbeza. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi konsep al-Samaʻ oleh Ibn Arabi terhadap nasyid kontemporari, dan menilai metafora cinta yang dicitrakan oleh lirik nasyid tersebut sebagai wahana pencapaian al-Samaʻ secara teori. Konsep al-Samaʻ daripada kitab Futūhāt al-Makiyyah karangan Ibn Arabi diteliti menggunakan kaedah analisis kandungan dan tematik. Melalui Teori Metafora Konseptual (TMK), tiga lirik nasyid diperhalusi untuk melihat keserasiannya dengan genre lagu bagi melahirkan al-Samaʻ. Hasil kajian mendapati bahawa peringkat tertinggi al- Samaʻ dicapai apabila metafora dalam lirik nasyid difahami dengan baik. Situasi ini juga didorong oleh pelbagai faktor seperti persekitaran mendengar dan kesediaan pendengar di samping motivasi dalaman dan juga luaran. Kesimpulannya, pencapaian tahap tertinggi al-Samaʻ tidaklah terikat dengan lirik dan lagu semata-mata tetapi kesediaan pendengar yang memberikan impak besar.