Agen Sosialisasi Pengetahuan Komuniti Bajau-Laut: Zon Konservasi Taman Marin Tun Sakaran Sabah

Isu-isu konservasi perairan merupakan sebahagian daripada agenda dalam Inisiatif Segi-Tiga Terumbu Karang antara negara Malaysia, Indonesia dan Filipina berikutan kependudukan komuniti Bajau-Laut di sekeliling perairan negara. Kebebasan komuniti mendiami batas-batas perairan negara di samping mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syarifuddin, Noviatin, Sukim, Mohamad Fauzi, Abdul Aziz, Rahimah
Other Authors: A Kadir, Nadhrah
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences, USM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/39280/1/ART_17.pdf
http://eprints.usm.my/39280/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Isu-isu konservasi perairan merupakan sebahagian daripada agenda dalam Inisiatif Segi-Tiga Terumbu Karang antara negara Malaysia, Indonesia dan Filipina berikutan kependudukan komuniti Bajau-Laut di sekeliling perairan negara. Kebebasan komuniti mendiami batas-batas perairan negara di samping membudayakan penangkapan ikan tradisional menggunakan bahan letupan dikhuatiri mengancam kelestarian zon-zon konservasi maritim. Pengetahuan dan ketersediaan komuniti untuk mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan dalam kawasan perlindungan aktiviti marin penting bagi menjamin kelestarian bekalan sumber masa hadapan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan agen-agen yang mensosialisasikan pengetahuan komuniti Bajau-Laut tentang zon konservasi yang melibatkan kawasan Taman Marin Tun Sakaran. Penelitian telah berlangsung di Pulau Bum-Bum, daerah Semporna, Sabah dengan menggaplikasi pendekatan Fenomenologi ke atas 10 orang informan yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Temubual semi-struktur dipilih untuk mendalami pengetahuan komuniti Bajau-Laut sebagai aktor kajian. Andaian ontologi idealis dan epistemologi konstruktivis sosial digagaskan sebagai paradigma penelitian untuk memahami makna tentang zon konservasi yang dibentuk daripada realiti sosial komuniti Bajau-Laut. Hasil kajian mendedahkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan Kebajikan Bajau-Laut (PEKEBAL), agensi Taman Marin Tun Sakaran berperanan sebagai agen sosialiasi formal. Manakala keluarga, rakan sebaya dan media cetak merupakan agen sosialisasi tak formal yang membentuk pengetahuan informan. Sebagai komuniti yang hidup bermasyarakat di dalam sesebuah pulau, pengetahuan tentang zon dan usaha-usaha konservasi oleh agensi signifikan difahami agar kelestarian habitat sumber marin dapat dipelihara dan dipulihara untuk bekalan masa hadapan.