Polymer And Mechanical-Stretching Effects On Lateral Flow Membrane

Fungsi membran dalam pemegunan dan kadar pengangkutan analit banyak dipengaruhi oleh morfologi fizikal dan komposisi kimia. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil yang cepat dan tepat, dan elemenelemen ini dapat ditingkatkan dengan memanipulasi formulasi cecair mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khamis, Mohamad Faizal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/40676/1/Polymer_And_Mechanical-Stretching_Effects_On_Lateral_Flow_Membrane.pdf
http://eprints.usm.my/40676/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Fungsi membran dalam pemegunan dan kadar pengangkutan analit banyak dipengaruhi oleh morfologi fizikal dan komposisi kimia. Kedua-dua faktor ini memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil yang cepat dan tepat, dan elemenelemen ini dapat ditingkatkan dengan memanipulasi formulasi cecair membran seperti kepekatan polimer dan kelikatan polimer. Selain itu, struktur liang membran dapat diubah dengan regangan haba-mekanikal. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa pada kepekatan polimer yang lebih rendah iaitu 5% berat, masa aliran sisi adalah berkurangan tetapi keupayaan ikatan protein adalah rendah. Dari segi kelikatan polimer, pada kelikatan yang lebih rendah 25-50 kcP, larutan menjadi terlalu cair (membran tidak dapat dibentuk) manakala pada kelikatan tinggi 800-1000 kcP menyebabkan ikatan protein yang tinggi tetapi perlahan masa aliran sisi berbanding dengan kelikatan polimer medium 50-100 kcP. Sementara itu, membran dengan regangan mendatar memberikan masa aliran sisi yang lebih cepat berbanding dengan konfigurasi lain tetapi ini menyebabkan ikatan protein yang rendah. Walau bagaimanapun, regangan membran masih disyorkan, kerana pembaikan dari segi masa aliran sisi daripada 404 s kepada 281 s untuk jarak aliran 2 cm jalur dengan hanya sedikit penurunan pada ikatan protein daripada 5107 μg cm-3 kepada 5017 μg cm-3. Kajian ini dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan proses manipulasi membran untuk memberikan prestasi membran yang lebih baik dalam aplikasi pengesanan bio. Pada ketika ini, kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk memperbaiki ikatan protein membran kerana prestasinya sentiasa tidak berkadar langsung dengan masa aliran sisi. _______________________________________________________________________________________________________ The function of membrane in immobilization and transport rate of analyte is greatly influenced by its physical morphology and chemical composition. These two factors play a vital role in order to get fast and accurate result, and these elements could be improve by exploring surface and internal layer of membrane. The improvement can be done by manipulating the membrane casting formulation such as polymer concentration and polymer viscosity. Besides, the membrane pore structure could be change by thermal-mechanical stretching. The result showed that the at lower polymer concentration of 5 wt%, the lateral wicking time was decreased but in expense of lower protein binding. In term of polymer viscosity, lower viscosity of 25-50 kcP resulted in too dilute solution (unable to form a piece of polymeric membrane) while high viscosity of 800-1000 kcP resulted in high protein binding but in sacrifice of slow lateral flow time compared to the medium polymer viscosity of 50-100 kcP. Meanwhile, uniaxial horizontal membrane stretching provides the faster wicking time compared to other configurations but as in concentration and viscosity studies, this lead to the low protein binding. However, the stretched membrane was still been recommended, since the wicking time improved from 404 s to 281 s for the water to migrate 2 cm height in the membrane strip at expense only showed slight dropping of the protein binding from 5107 μg cm-3 to 5017 μg cm-3. This study can give us the inside looks on the membrane manipulation process to provide better performance of membrane. At this point, more deep research needs to be done to improve membrane protein binding since its performance always not proportional to the lateral wicking time.