Pengaplikasian Etika Kerja Islam Oleh Pengamal Perhubungan Awam Di Organisasi Berteraskan Islam Di Malaysia

Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Isu-isu etika seperti mengendalikan aktiviti profesional dengan meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasir, Nur Nasliza Arina Mohamad
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44077/1/NUR%20NASLIZA%20ARINA%20MOHAMAD%20NASIR.pdf
http://eprints.usm.my/44077/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pengamal perhubungan awam merupakan perantara atau mediator di antara organisasi dengan publik. Dengan itu etika merupakan di antara elemen terpenting untuk dititikberatkan oleh pengamal perhubungan awam dalam menjalankan tugasnya. Isu-isu etika seperti mengendalikan aktiviti profesional dengan menghormati kepentingan publik serta sentiasa bersikap adil dan jujur terhadap pelanggan dan organisasi adalah merupakan isu etika yang bukan sahaja dituntut oleh masyarakat malah oleh organisasi selaku majikan. Kajian ini mempunyai lima objektif iaitu (1) untuk mengkaji pengaplikasian etika kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam berdasarkan Teori Etika Miskawayh; (2) untuk menilai pengaruh etika kerja Islam dalam amalan Perhubungan Awam; (3) untuk mengkaji kepentingan etika kerja Islam dalam profesion perhubungan awam; (4) untuk menganalisa Prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan oleh Pengamal Perhubungan Awam dalam mempraktikkan etika kerja Islam; serta (5) untuk mencadangkan kerangka etika berdasarkan prinsip Maqasid Syariah dalam pengaplikasian etika kerja Islam oleh Pengamal Perhubungan Awam.