Proses penasalan dan asimalasi Bahasa Melayu peranakan Fuzhou, Sibu, Sarawak
Kajian ini tertumpu pada pengaruh proses penasalan dan proses asimilasi dalam ujaran orang Fuzhou, Sibu, Sarawak. Dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou, proses asimilasi berlaku seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu standard, iaitu pada bahagian sempadan kata- imbuhan awalan /meŋ/ dengan kata dasa...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46519/1/ART%205.pdf http://eprints.usm.my/46519/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini tertumpu pada pengaruh proses penasalan dan proses asimilasi dalam ujaran orang Fuzhou, Sibu, Sarawak. Dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou, proses asimilasi berlaku seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu standard, iaitu pada bahagian sempadan kata- imbuhan awalan /meŋ/ dengan kata dasar yang bermula dengan fonem /b/, /d/, /g/, /p/, /t/, /k/, /c/, dan /j/. Awalan nasal yang digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan tak bersuara, maka bunyi konsonan tersebut akan hilang lalu digantikan dengan bunyi nasal yang sama daerah dengan artikulasinya (hormoganik). Penggunaan data hasil transkripsi rakaman video daripada dua orang remaja. Kajian ini menggunakan teknik persampelan tak rawak berdasarkan persampelan bertujuan. Kajian ini untuk mengenal pasti terdapatnya proses penasalan dan proses asimilasi berlaku dalam bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Fuzhou dan mengemukakan penjelasan yang teoretis tentang proses penasalan dan proses asimilasi tersebut dengan berlandaskan teori autosegmental. |
---|