Etimologi kata kerja Arab-Melayu : satu pengenalan awal

Bidang etimologi cukup penting dalam bidang linguistik. Pengkajian terhadap etimologi perkataan di Malaysia semakin berkembang hebat, namun tidak ramai sarjana Melayu yang mengkaji mengenainya. Etimologi merupakan sebuah bidang yang berusaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Justeru, fokus kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norhashimi, Mohd Nortaufiq, Ghani, Aniswal Abd, Wahab, Mohd Khaidir Abd.
Other Authors: Abu, Norsofiah Bakar
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46522/1/ART%208.pdf
http://eprints.usm.my/46522/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bidang etimologi cukup penting dalam bidang linguistik. Pengkajian terhadap etimologi perkataan di Malaysia semakin berkembang hebat, namun tidak ramai sarjana Melayu yang mengkaji mengenainya. Etimologi merupakan sebuah bidang yang berusaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Justeru, fokus kajian ini adalah untuk menjelaskan cara kemasukan perkataan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu serta mengenal pasti kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab yang hanya terdiri daripada golongan kata kerja. Penelitian terhadap makna bagi setiap kata pinjaman sama ada kekal atau mengalami perubahan juga diberikan perhatian. Kajian ini telah mengaplikasikan pedoman yang telah disarankan oleh James T. Collins serta konsep pengimportan kata oleh Heah. Data kajian diambil daripada kajian yang telah dijalankan oleh R.J Wilkinson, iaitu berdasarkan Kamus A Malay-English (bahagian 1). Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor perdagangan dan penyampaian dakwah merupakan faktor utama yang menyebabkan terserapnya kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu juga banyak meminjam kata kerja daripada bahasa Arab. Setiap peminjaman tersebut banyak yang dikekalkan makna asal perkataan, namun terdapat juga perkataan Arab yang dipinjam masuk ke dalam bahasa Melayu mengalami penyempitan makna. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa peminjaman perkataan daripada golongan kata kerja mencakupi bidang agama dan undang-undang Islam.