Penyebaran nasal homorganik dalam dialek Melayu Semenanjung
Dokumentasi dan pemerian mengenai gejala nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu di Semenanjung memang sudah kerap dilakukan, dan antara pengkaji yang paling awal melakukannya ialah Nik Safiah (1966, 1967). Walau bagaimanapun, dokumentasi dan pemerian yang sedia ada ini memperlihatkan kekurangan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46523/1/ART%209.pdf http://eprints.usm.my/46523/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Dokumentasi dan pemerian mengenai gejala nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu di Semenanjung memang sudah kerap dilakukan, dan antara pengkaji yang paling awal melakukannya ialah Nik Safiah (1966, 1967). Walau bagaimanapun, dokumentasi dan pemerian yang sedia ada ini memperlihatkan kekurangan dari dua segi: (i) tidak menyeluruh kerana hanya terbatas pada dialek-dialek tertentu; dan, (ii) analisisnya tidak berupaya menyerlahkan hubungan sejarawi yang boleh menjadi dasar kepada penentuan hipotesis tentang asal usul gejala tersebut, dan kemungkinan kewujudan rangkaiannya, kerana terhad kepada aspek sinkronik. Makalah ini adalah satu usaha untuk menangani kedua-dua kekurangan yang dinyatakan ini. Maka, yang dibincangkan di sini ialah satu tinjauan yang bersifat umum mengenai penyebaran nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu yang terdapat di Semenanjung. Setelah memaparkan gejala tersebut secara deskriptif, makalah ini berusaha untuk tiba pada pemaparan mengenai perkembangan nasal homorganik, seperti yang diperlihatkan oleh dialek-dialek yang dikaji. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, makalah ini menerapkan pendekatan dialektologi diakronik yang secara khusus memberi keutamaan kepada aspek inovasi dan retensi. Makalah ini menarik satu kesimpulan penting bahawa rumus nasal homorganik yang dicadangkan oleh para pengkaji lampau gagal beroperasi dalam beberapa kes, khususnya di Hulu Pahang. Selain itu, makalah ini juga mendapati bahawa gejala nasal homorganik berupaya menyerlahkan perkembangan dialek-dialek Melayu di Semenanjung secara bertahap. Dapatan kedua ini bermaksud dialek-dialek ini membentuk satu rantaian sambung-menyambung, maka menolak pengelompokan berdasarkan rajah pohon. |
---|