Analisis pragmatik strategi kesantunan dan ketaksantunan berkaitan isu belanjawan sulung negara tahun 2018 dalam facebook
Setiap manusia menggunakan bahasa sebagai saluran untuk berhubung. Melalui bahasa, seseorang individu dapat menyampaikan maklumat, idea dan pandangan kepada individu lain. Bagi memastikan keberkesanan komunikasi dicapai oleh individu, penggunaan bahasa yang baik perlu digunakan. Namun begitu, perkem...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46526/1/ART%2011.pdf http://eprints.usm.my/46526/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Setiap manusia menggunakan bahasa sebagai saluran untuk berhubung. Melalui bahasa, seseorang individu dapat menyampaikan maklumat, idea dan pandangan kepada individu lain. Bagi memastikan keberkesanan komunikasi dicapai oleh individu, penggunaan bahasa yang baik perlu digunakan. Namun begitu, perkembangan dalam bidang teknologi pada masa ini sedikit sebanyak turut mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi. Bentuk komunikasi virtual dua hala boleh dilakukan tanpa perlu bersemuka secara langsung dengan menggunakan media sosial tertentu sebagai perantara. Pelbagai medium komunikasi yang ada ini menyebabkan masyarakat bebas bersuara tanpa memikirkan etika, adab dan buda bahasa semasa berbahasa. Atas alasan itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejauhmanakah kesantunan berbahasa rakyat Malaysia dalam memberikan pandangan, idea dan komen tentang sesuatu isu yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Dalam konteks ini, isu yang dipilih ialah isu belanjawan negara bagi tahun 2018. Kajian ini meneliti aspek kesantunan dan ketidaksantunan komen pengguna Facebook dalam ruangan komen siaran langsung pembentangan belanjawan di laman Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan laman Nurul Izzah Anwar dengan menggunakan teori kesantunan Brown & Levinson (1978, 1987) dan teori ketaksantunan Culpepper (1996). Laman tersebut dipilih berdasarkan jumlah tontonan dan komen pengguna yang tertinggi. Dapatan kajian menunjukkan pengguna cenderung menggunakan bahasa yang tidak santun dibandingkan dengan bahasa yang santun dalam dua laman yang dipilih dan hal ini didorong oleh faktor sosial, ekonomi dan politik yang melingkari pengguna Facebook itu sendiri. |
---|